TIDAK kira siapa, bukan sahaja wanita, malah lelaki, ramai yang mengidamkan kulit muka yang mulus dan ‘jauh’ daripada jerawat bukan?

Kadang bermacam produk digunakan, tapi pelbagai masalah berkaitan liang kulit muka terbuka, jerawat, kulit kusam dan sebagainya tidak juga terawat.

Produk muka itu pula lazimnya yang berjenama harganya ‘melangit’ hingga ‘tak boleh dibawak berbincang’.

Jika korang ada masalah warna kulit muka tak sekata, rasa kendur, berjerawat, bertompok gelap dan tak bermaya misalnya, cubalah petua rawatan muka menggunakan kiub ais berasaskan susu ini.

Dek nampak perubahan ketara pada mukanya selepas mencuba dalam masa sebulan, itu yang dikongsikan suri ramai yang gemar berkongsi petua kecantikan menggunakan bahan dapur dan memasak ini.

Menurut Siti Noorzana Syed Mokhtar, 36, dari Taiping, Perak ini, sebelum ini mukanya mempunyai masalah jerawat-jerawat kecil, liang roma terbuka, kulit berminyak dan kusam.

“Alhamdulillah selepas amalkan petua guna kiub ais susu ini, masalah-masalah kulit muka saya beransur hilang. Lebih lembut, licin dan jerawat pun susah nak datang.

“Saya memang suka membaca bab-bab kecantikan ni. Ia dapat membantu kulit kita,” katanya kepada SinarPlus.

Terdahulu, menulis di Facebooknya, kos penjagaan muka dengan cara itu juga sangat menjimatkan kerana menggunakan kos kurang daripada RM5 je, kata Siti Noorzana.

Jenis susu yang digunakannya.

Menurut beliau, petua itu diamalkannya setiap malam sebelum nak tidur. Kenapa dengan susu?

Berikut kesan yang dirasakannya:
– Mencerah dan menyegarkan kulit muka
– Melembutkan dan menegangkan kulit muka
– Mengurangkan jerawat halus
– Mengecutkan jerawat
– Mengecilkan pori
– Hilangkan bintik bintik putih dan hitam
– Memudarkan tompok gelap dan jeragat
– Melancarkan aliran darah
– Menyerap lebihan minyak di muka.

Iklan

Cara-cara dia senang je nak buat. Cuma kena ada kerajinan je laa…

1. Isi susu tu dekat bekas kiub ais dan bekukan.
2. Sapukan seluruh wajah kiub ais susu tu secara membulat
3. Biarkan seketika sehingga kering
4. Bilas dengan air bersih.

Itu kongsi Siti Noorzana.

Ha… mudah kan nak buat?

Iklan

“Dipersilakan share untuk sama-sama dapat manfaat yang lain untuk cantik-cantik kulit persis orang Korea,” katanya.

Semoga terinspirasi dan selamat mencuba! -AG #janganputusasamalaysia