DALAM usaha memerangi virus Covid-19, sebahagian besar pekerja baik kakitangan kerajaan mahupun swasta dibenarkan bekerja dari rumah.

Keputusan tersebut adalah seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di kebanyakan negeri hingga 31 Disember 2020.

Ini bermakna, kebanyakan masa kita akan dihabiskan di kediaman sama ada bersendirian ataupun bersama famili. 

Dek tidak digalakkan keluar rumah jika tiada keperluan, maka selain menonton televisyen atau melakukan aktiviti riadah ringan nampaknya kita juga cenderung menikmati makanan berulang kali.

Jika tidak dikawal bimbang akan mengalami masalah kenaikan berat badan secara berlebihan.

Justeru, apakah solusi terbaik mengawal rasa lapar apabila berada di rumah?

Jom ikuti perkongsian Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi hari ini.

Antara tip yang boleh dipraktikkan: 

diet

– Disiplin menikmati makanan mengikut waktu makan utama disarankan seperti:

a) sarapan (7 hingga 8 pagi)

b) makan tengah hari (12 tengah hari-2 petang)

c) makan malam (6.30 petang hingga 8.30 malam)

Iklan

– Jangan melangkau waktu makan utama.

– Kawal kuantiti setiap makanan yang diambil sekiranya tidak dapat kawal makan dengan kerap.

– Banyakkan minum air putih.

– Lebihkan pengambilan serat antaranya sayur, buah dan makanan bijirin penuh.

Iklan

– Jangan letak makanan kegemaran di tempat yang mudah dilihat.

– Alihkan perhatian dengan  melakukan aktiviti berfaedah bersama keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Canva