JANGAN terkejut ya selain bersenam secara berlebihan duduk dalam tempoh yang lama juga berisiko mengancam nyawa.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi laman sosial Facebook, Public Health Malaysia (PHM) baru-baru ini.

Menurut PHM, kajian menunjukkan duduk dalam tempoh enam jam secara berterusan selama 15 tahun meningkatkan 40 peratus punca kematian.

Peratusan berkenaan lebih tinggi berbanding individu yang duduk kurang tiga jam.

“Duduk terlalu lama meningkatkan dua kali ganda risiko terkena penyakit kardiovaskular berbanding kerja yang memerlukan anda berdiri,” kata kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, PHM menyatakan sekiranya duduk terlalu lama individu berisiko mengalami sakit punggung dan ketegangan pada leher, bahu dan pinggang termasuk masalah kolestrol tinggi.

duduk menaip

Dalam pada itu, PHM turut berkongsi akibat duduk terlalu lama iaitu:

a) Kesan segera

– Pembakaran kalori menurun setiap satu minit

– Aktiviti saraf otot tidak berfungsi

– Enzim mencegah lemak menurun sehingga 90 peratus

b) Kesan dua jam

– Kolesterol baik menurun hingga 20 peratus

c) Kesan 24 jam
– Keberkesanan insulin menurun hingga 24 peratus dan tingkatkan risiko diabetes

– Tekanan berlebihan pada tulang belakang, khususnya bahagian pinggang dan bahu

d) Kesan berpanjangan

– Otot leher, bahu menegang dan pembuluh darah terganggu menyebabkan ‘menggigil’

– Aktiviti kecergasan organ seperti paru-paru dan jantung berkurang serta meningkatkan risiko sakit kronik

– Pembuluh darah timbul pada betis

Iklan

sakit

Cara mencegah
-Duduk pada kedudukan 135 darjah untuk kurangkan tekanan pada bahagian belakang badan

– Lakukan pergerakan setiap 30 minit

– Bangun apabila televisyen menyiarkan iklan

– Lakukan latihan ringan ketika menonton seperti goyangkan kaki

gembira

– Hadkan tempoh duduk dan lakukan senaman ringan dengan kerap

Iklan

– Minum lebih banyak air

– Gunakan tangga ketika di pejabat (bergantung pada tahap kecergasan diri)

tangga

– Makan di luar berbanding di meja kerja

– Tidur awal lebih baik daripada menonton

– Monitor aktiviti harian dan senaraikan serta tinggalkan aktiviti ‘duduk’