SECAWAN kopi pekat dan kuih-muih tradisional merupakan padanan ideal yang cukup menyelerakan untuk dinikmati pada hidangan minum petang.

Kenikmatan itu semakin dirasai apabila disajikan pula bersama sepotong kek coklat bertopping krim manis.

Pun begitu, sila berhati-hati ya kerana kekerapan menikmati makanan dan minuman manis hari ini, bimbang membawa ‘kepahitan’ pada kemudian hari khususnya melibatkan kesihatan.

Artikel berkaitanMinuman Diet Bergas Benar-Benar Sihat Kerana Tiada Gula Dan Kalori? Ini Penjelasannya

gulaMenurut posting Public Health Malaysia (PHM), berdasarkan statistik Malaysia antara pengguna tertinggi gula di dunia.

“Rakyat Malaysia dianggarkan mengambil 26 sudu teh gula sehari dan menjadikan negara kelapan tertinggi dalam penggunaan gula.

“Justeru, tidak hairanlah kita (Malaysia) juara obesiti di Asia! Ini bukan satu pencapaian patut dibanggakan kerana ia sesuatu yang memalukan,” tulisnya menerusi laman sosial Facebook PHM baru-baru ini.

Tambahnya, kajian juga menunjukkan bahawa ketagihan gula lebih kurang sama seperti ketagihan kokain.

Secara alternatif, individu baik lelaki mahupun wanita tanpa mengira usia seharusnya memilih makanan dan minuman kurang manis. Pada masa sama elak menggunakan gula dan susu pekat manis dalam minuman dan adunan kuih secara berlebihan.

Artikel berkaitanAir Manis Meskipun Sudah Ditambah Air Kosong, Kandungan Gula Yang Masuk Dalam Badan Tetap Sama. Hati-Hati

kopi gula
LATIH diri agar kurangkan gula dan susu pekat dalam minuman harian.

Memadai sekiranya kita mengamalkan dan berdisiplin satu sudu teh untuk secawan minuman. Inisiatif tersebut secara tidak langsung membantu mencegah daripada bahaya pengambilan guna terhadap kesihatan seperti kencing manis, sakit jantung, strok, obesiti dan mati pucuk.

gula
JANGAN biarkan pengunaan gula berlebihan memudaratkan kesihatan diri pada kemudian hari.

Dalam pada itu, PHM juga berkongsi info untuk mengenal pasti seseorang ketagihan gula.

Iklan

Antaranya ialah:

– Jika tidak mengambil makanan manis individu mula rasa gejala lesu, loya dan pening.
– Memerlukan makanan manis setiap kali stres.
– Sanggup mencari makanan manis pada tengah malam apabila berkeinginan.
– Makan dan minum yang manis secara sorok-sorok.
– Mula rasa gian kepada makanan masin.
– Sentiasa ada ruang untuk manisan walaupun telah kekenyangan.
– Idam makanan yang lebih manis daripada sebelumnya.

gula

Iklan

Oleh itu, nasihat PHM jaga diri dan kesihatan serta jangan sesekali membiarkan gula menguasai kehidupan kita!

Artikel berkaitanGula-Gula, Coklat Bukan Penyebab Kanak-Kanak Jadi Hiperaktif

Sumber: PHM dan Canva