SETIAP manusia memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Baik dari segi kemahiran, kebijaksanaan, kecantikan mahupun kesihatan.

Pun begitu, jangan sesekali berasa malu dengan kelemahan yang dimiliki sehingga kita mengabaikan ‘kesempurnaan’ lain yang ALLAH kurniakan.

Inilah antara inti pati yang dikongsikan oleh jurulatih kecergasan bertauliah merangkap pakar pemakanan, Kevin Zahri menerusi laman sosial Instagram beliau @kevinzahri.

“Kita semua ada kelebihan dan kekurangan. Sentiasa merendah diri dengan kekuatan dan menerima kelemahan dimiliki,” tulis kapsyennya pada satu posting baru-baru ini.

Coretan tersebut adalah merujuk kepada satu paparan skrin soal dan jawab antara beliau bersama salah seorang warga maya.

kevin zahri“Salam Sir. Kalau ada scoliosis (Skoliosis) boleh buat exercise (senaman) ini?”

Lalu, Kevin membalas: “Wasalam. Saya pun scoliosis, tetapi semuanya bergantung pada kebolehan. Jangan serah diri kepada keadaan.

“Saya didiagnos scoliosis sejak lahir dan dikatakan akan menggunakan kerusi roda pada usia 40 tahun.

“Dengan rasa rendah diri, kini saya berusia 42 tahun dan sentiasa berjaga-jaga dengan kondisi diri.”

Biarpun mempunyai masalah kesihatan nampaknya ia bukan penghalang buat Kevin. Bahkan, situasi berkenaan meniupkan motivasi buat beliau untuk kekal aktif dan mengawal situasi diri sebaik mungkin.

Sementara itu, seorang warga maya turut mengajukan soalan berkaitan senaman yang bagus untuk individu mengalami mild scoliosis.

Iklan
diet kevin zahri
SELAIN senaman, Kevin (gambar tengah) juga sering berkongsi tentang diet dan pemakanan ideal di Instagram miliknya.

“Sukar untuk komen ‘sederhana’ itu mungkin tahap awak atau saya tak sama. Jika tidak pasti adalah lebih baik merujuk physician atau doktor.

“Jika tidak, bergantung pada kemampuan dan pengalaman. Mulakan dengan perlahan-lahan dan jangan berhenti dalam memperjuangkan kesihatan dan kehidupan berkualiti,” jelas Kevin lanjut.

kevin zahri
KEVIN sentiasa menyarankan rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat bagi mendapatkan kehidupan berkualiti.

Secara ringkas, menurut portal myhealth.gov.my, Skoliosis adalah tulang belakang yang bengkok di tepi.

Artikel berkaitanKonsisten Diet, Bersenam Tapi Berat Badan Masih Tak Turun. Ikuti Perkongsian Kevin Zahri

Iklan

Ia merupakan satu keadaan yang mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah tidak betul atau tidak berada dalam keadaan normal.

Jika dilihat dalam gambar X-ray, tulang belakang tersebut berbentuk ‘S’, bukan lurus. Lazimnya, individu tidak berasa sakit pada usia remaja kerana kesakitan berlaku ketika dewasa, apatah lagi jika tidak dirawat.