Kulit sentiasa segar dan glowing dengan koleksi TWO L(I)PS. Diuji secara dermatologi dan ginekologi

October 17, 2021
Oleh Lynn Mazlina

UNTUK mendapatkan kulit wajah yang cantik dan mulus bukan mudah sebenarnya. Selain perlu berkerja keras, kita kena perlu konsisten dengan rutin penjagaan.

Kepada anda yang keliru jenama apa yang perlu dipakai, apa kata cuba TWO L(I)PS prebiotik baharu yang merangkumi lima produk keperluan iaitu Rinse, Scrubbs, Juice, Sleepover dan Screen.

Terlebih dulu, SinarPlus ingin jelaskan, barisan prebiotik itu diformulasi tanpa sulfat dan paraben serta diuji secara dermatologi dan ginekologi.

Mudah kata, kesemua varian tersebut dilengkapi dengan nutrien yang diperlukan agar kulit anda segar-bugar, menguatkan fungsi perlindungan kulit, mempertahankannya daripada kerengsaan dan penuaan pramatang.

Selain itu, ia juga memperkuatkan daya tahan kulit terhadap sensitiviti, tekanan oksidatif dan bahan radikal bebas yang mencemarkan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Berikut perincian koleksi TWO L(I)PS:

RINSE (pembersih prebiotik yang lembut)
Nilai pH: 4.15
Berfungsi membersihkan tanpa mengganggu keseimbangan semula jadi kulit, selain memastikan kulit tidak dibiarkan terlalu kering.

 

Iklan

SCRUBS (Scrub Konjac Jelly)
Nilai pH: 5.07
-Berfungsi menghilangkan kotoran pada permukaan dengan lembut tanpa mencalar luaran kulit.

JUICE (Balsam (body balm) prebiotik)
Nilai pH: 5.9
-Squalane yang berasal dari tebu, Trehalose yang berasal daripada tumbuhan dan Shea Butter yang menyembuhkan dan kesemuanya bergabung untuk membentuk balsam badan yang ringan untuk menegang dan menghaluskan kulit.

 

Iklan

SLEEPOVER (Masker yang membaiki)
Nilai pH: 4.55
-Masker tanpa bilas ini dengan ekstrak daun zaitun dan Saccharide isomerate membekalkan pelembapan dan khasiat mendalam sehingga 72 jam untuk memperbaiki dan memulih.

SCREEN (Pelindung sinar matahari yang menyempurnakan liang kulit)
Nilai pH: 5.64
-Memberi lapisan kelembapan berganda untuk memastikan penggunaan yang selesa sepanjang hari.

 

Nampak macam menarik kan? Kalau anda mahu buat pembelian, dipersilakan untuk mendapatkannya menerusi Shopee dan Lazada atau melalui laman rasmi STRIP, http://www.strip-my.com/.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

About Lynn Mazlina

Biodata Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *