Faezah Elai kongsi kisah bulu mata, parut kekal akibat jatuh tersembam

faezah elai
January 20, 2021
Oleh Izyan Liyana

PEPATAH Inggeris selalu menyebut beauty is pain. Ini bermakna untuk tampil cantik kadangkala golongan wanita terpaksa berdepan implikasi memeritkan.

Hal sama turut dialami oleh pelakon Faezah Elai. Bagi menampakkan efek wajah menawan di dalam skrin, maka acap kali menjalani sesi penggambaran beliau terpaksa memakai bulu mata palsu.

faezah elai

"Dulu bulu mata tak berapa nak ada jadi semasa shoot kena pakai bulu mata palsu. Kesannya, apabila nak menanggalkan bulu mata palsu itu gam akan tarik bersama bulu mata asli sehingga tinggal antara empat hingga lima helai saja.

"Saya pernah mencuba minyak zaitun dan serum bulu mata berharga RM20 dan RM30, tetapi tidak berhasil. Semua itu bohong," tulisnya menerusi laman sosial Instagram @faezahelai bagi menjawab persoalan followers yang kerap bertanyakan perihal bulu matanya baru-baru ini.

faezah elai
FAEZAH mendedahkan gam bulu mata palsu telah menyebabkan helaian bulu mata aslinya tercabut.

Menurut pelakon berusia 38 tahun itu lagi, gara-gara pelbagai percubaan dilakukan untuk mengatasi masalah kekurangan bulu mata terbabit telah menyebabkan matanya berasa pedih.

Sehinggalah anak kelahiran Pulau Pinang tersebut menemui serum bulu mata yang dikeluarkan dari Amerika Syarikat (AS).

Iklan

"Jadi saya cubalah serum berkenaan sebab kononnya negara AS berkemahiran dalam formulasi produk.

"Selepas mencuba tak sangka berhasil. Mula-mula tak perasan sehingga jurusolek tegur dengan perubahan bulu mata. Namun begitu, harganya bukan sekitar RM20 hingga RM30.

Iklan

"Ia berharga RM80, tetapi boleh tahan dalam sebulan setengah. Oleh itu, saya tidak lagi memakai bulu mata palsu kerana bulu mata sebenar bertambah panjang mengatasi bulu mata tipu," ujarnya yang turut memuat naik video tutorial memakai serum pada bulu mata.

faezah elai
PENAMPILAN sopan dan stailo Faezah sering mendapat pujian apatah lagi bertudung labuh menutup bahagian depan badan.

Dalam perkongsian berlainan, isteri kepada pengarah, Heykal Hanafiah itu turut menceritakan mengenai parut kekal pada wajahnya.

"Parut pada bawah hidung sebab terjatuh lalu tersembam di pili bomba warna kuning tahun 1990 semasa pulang dari mengaji. Kena jahit, tetapi tak ingat jumlah jahitan.

"Perlu difahami parut tidak boleh hilang, namun kita boleh lighten up sehingga 80 peratus sekiranya konsisten.

"Jika diperhatikan parut berkenaan masih kekal di situ cuma tidak terlalu kelihatan berbanding dulu," jelas Faezah yang juga pernah melakukan laser kira-kira 15 tahun dan mencuba bermacam-macam kaedah rawatan kulit wajah.

faezah elai
PARUT kekal pada bawah hidungnya disebabkan terjatuh di pili bomba selepas pulang dari mengaji pada tahun 1990.