Kurma bukan sekadar membekalkan tenaga, tetapi lebih daripada itu

April 7, 2021
Oleh Farah Eliani

BEBERAPA hari sahaja lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa dan ia sangat dinanti-nantikan meskipun virus Covid-19 masih menghantui ramai.

Seperti biasa, buah kurma tetap menjadi makanan wajib setiap kali tibanya Ramadan bulan yang mulia ini.


Sebenarnya, tidak semua kurma sama. Di pasaran Malaysia, kurma segar terdapat dalam tekstur lembut atau kering.

Sementara itu, kurma kering hanya tersedia dalam tekstur sebegitu kerana telah melalui proses pengeringan.

Selain daripada teksturnya yang berbeza, kurma segar biasanya bertahan hingga 8 bulan hingga setahun jika disimpan di dalam peti sejuk.

Iklan

Sebaliknya, kurma kering pula boleh bertahan hingga setahun jika disimpan dalam bekas kedap udara atau lima tahun jika disimpan di dalam peti sejuk beku.

Pensyarah Sains di sebuah kolej swasta, Dr Magaret Sivapragasam berkongsi beberapa manfaat buah kurma dari segi pandangan sains di Facebooknya.

Iklan

Dr Magaret Sivapragasam.

Ujar Magaret, kurma adalah sejenis buah tanaman tertua yang mempunyai pelbagai jenis dan banyak tumbuh di Arab Saudi.

“Secara saintifiknya, kurma atau phoenix dactylifera boleh didapati dalam pelbagai saiz dan warna bergantung kepada jenis dan rasanya,” kata beliau.

Bercerita mengenai nutrisi buah kurma, ujar Dr Magaret, ia sangat istimewa kerana mengandungi gula semula jadi yang boleh didapati di dalam buah-buahan lain seperti fruktosa, sukrosa dan glukosa.

SUMBER TENAGA

Oleh sebab itu, secara tradisinya, buah kurma dihidangkan ketika berbuka puasa di bulan Ramadan sebagai salah satu sumber tenaga sepanjang tempoh itu.

“Lebih menarik mengenai buah kurma, selain segar dan mempunyai bertekstur lembut, buah itu senang dihadam dan mangandungi gula ringkas seperti dextrosa.

“Sebenarnya, suka untuk saya kongsikan, 100 gram kurma medjool mengandungi 277 kalori dan apabila dimakan ia dapat meningkatkan tenaga dan menyegarkan badan dengan segera,” tulis tenaga pengajar itu.

Mengenai perihal kalori buah kurma pula, ujar Dr Magaret lagi, secara keseluruhannya ia mengandungi komponen karbohidrat yang tinggi dan hanya sebilangan kecilnya adalah protein.

Bagaimanapun, kongsi beliau, kurma juga mengandungi vitamin dan mineral yang penting dan serat yang tinggi tau!

Apa-apapun, diet sihat boleh diamalkan dengan makan buah kurma secara bersederhana.

Artikel berkaitan: Latih anak berpuasa, ini cara berkesan ajar berperingkat ikut waktu solat

“Penting untuk diketahui bahawa, sebiji kurma kering mengandungi 2 gram serat ataupun bersamaan dengan lapan peratus jumlah keperluan harian.

“Keperluan tersebut sangat mencukupi kerana kandungan serat dalam buah kurma membantu badan menyerap secara perlahan karbohidrat yang baik untuk mereka yang mempunyai masalah kencing manis.

“Sebenarnya, semakin perlahan karbohidrat diserap semakin kurang kadar gula naik dalam darah selepas makan,” terangnya.

Sementara itu, laman web greendiamond.com.my turut mencadangkan, penghidap kencing manis sebaik-baiknya memilih untuk mengamalkan kurma segar berbanding kurma kering.

“Ia kerana kurma yang segar mengandungi kurang kalori dan gula berbanding kurma kering,” beritahu mereka.

Iklan