PEREKA fesyen tempatan, Miriam Omar (gambar) melakar sejarah terbaik untuk diri dan jenamanya apabila satu-satunya pereka dari Asia Tenggara terpilih untuk mengiringi pertunjukan fesyen secara maya #SHEINFORALL untuk musim bunga/panas 2022 baru-baru ini.

Pertunjukan fesyen itu telah disiarkan secara langsung menerusi aplikasi SHEIN dan profil rasmi di laman YouTube, Twitter, Instagram dan Facebook pada 20 Februari lalu.

SHEIN ialah peruncit dalam talian global terkemuka dengan operasi di Guangzhou, Singapura dan Los Angeles, bersama-sama dengan pasaran utama yang lain. SHEIN menjangkau pengguna merentasi lebih 150 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Pada acara itu, Miriam mempersembahkan himpunan terbaharunya yang berjudul Walk in the Meadow.

Ujar beliau, koleksi berkenaan diilhamkan daripada perjalanan malam romantis di padang rumput hijau yang dipenuhi bunga-bungaan liar berwarna-warni.

Motif rekaan dalam koleksi Walk in the Meadow ini juga menampilkan gabungan warna dan cetakan yang mempesonakan dengan elemen alam semula jadi dan diterjemahkan ke dalam ceraian pakaian untuk persalinan musim panas yang bergaya,” katanya.

Cetakan flora yang menjadi identiti buat Miriam dilihat meliputi setiap sisi koleksi sulongnya bersama SHEIN.

Hasil kolaboratif bersama SHEIN X dilihat begitu mengujakan kerana ia turut menawarkan peluang buat pereka-pereka baharu untuk mempamerkan ciptaan mereka di pasaran global.

Sedikit mengenai Miriam. Beliau memulakan kerjayanya dalam industri kreatif (pemasaran dan pembangunan perniagaan) sebelum mendedikasikan diri dalam lapangan seni sepenuh masa pada tahun 2018.

Iklan

Sejak itu, kerjayanya berkembang merangkumi reka bentuk tekstil, reka bentuk perabot, lukisan, ilustrasi dan mural.

Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan himpunan SHEIN X Miriam Omar, boleh mendapatkannya dengan melayari my.shein.com.

Lawati laman web dan aplikasi SHEIN pada 3.3 untuk membeli-belah koleksi terbaharu itu dan item hangat lain.

Iklan

Berita baik, diskaun sehingga 85 peratus tersedia sepanjang jualan 3.3 Fashion Kick-Off Sale dan promosi menarik menanti pengguna bertuah.

Baucar penyertaan awal eksklusif dan peluang untuk menjadi salah seorang daripada 333 pemenang yang bakal menerima semua pesanan mereka secara percuma mungkin jadi milik anda.

Kepada kaki fesyen, apa lagi, dapatkan himpunan SHEIN X Miriam Omar. Sama-samalah kita menyokong pereka lokal sememangnya mempunyai bakat luar biasa!