MENJAGA rambut, kulit dan pada masa sama mencintai kelestarian alam. Itu misi yang disasarkan jenama kecantikan antarabangsa, Love, Beauty and Planet yang kini sudah boleh didapati pasaran di Malaysia.

Love, Beauty & Planet dalam satu kenyataan berkata, label mereka bukan sahaja menjanjikan kepuasan, malah dijamin bersih tanpa paraben, silikon dan phthalates, lebih hijau serta memiliki wangian yang sangat menyegarkan.

Berikut adalah antara varian produk yang terdapat di negara ini:

i) Coconut Water & Mimosa Flower: Direka khusus untuk menjadikan kulit lebih lembut dan rambut yang utuh dan bersinar.

ii) Muru Muru Butter & Rose: Menggunakan varian ini akan menjadikan rambut anda lebih berkilau dengan bau yang menyegarkan.

iii) Tea Tree Oil: Berfungsi memberi kelegaan dan menghasilkan rambut yang lebih bersinar.

iv) Argan Oil & Lavender: Direka untuk membantu melicin dan ‘menjinakkan’ rambut keriting.

Iklan

Selain syampu, kesemua varian tersebut mengandungi perapi, pencuci badan dan losen.

 

Iklan

Love Beauty dan Planet tersedia untuk pembelian secara eksklusif di Watsons.

Untuk maklumat lanjut layari https://www.lovebeautyandplanet.com/ atau Instagram @lovebeautyandplanetmy.