Makan buah pun ada caranya, jangan main makan je semua. Ini 4 kaedah makan buah yang betul

June 3, 2021
Oleh Nurul Fadila Awaludin

AMALAN pengambilan buah-buahan sering berada di posisi pertama dan kedua dalam piramid makanan diet seimbang.

Kandungan seperti fiber, kalium, mineral, fasid folik dan antioksidan dalam buah-buahan baik untuk melawan penyakit kanser.


Golongan ibu bapa juga perlu menggalakkan anak mereka untuk gemar memakan buah-buahan sejak di usia muda.

Perkara itu secara tidak langsung dapat membiasakan mereka untuk tidak memilih makanan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran.

Di samping mempunyai banyak kelebihan, cara pengambilan buah-buahan juga penting bagi memperoleh manfaat yang maksimum.

Iklan

Justeru, SinarPlus ingin kongsikan tip untuk mengetahui cara pengambilan buah-buahan dengan betul:

1. Minuman jus

Iklan

Pengambilan minum jus sama dari dalam botol atau kotak mahupun di kedai makan dan kios minuman tidak menjadi satu kesalahan. Sebaliknya, periksa dahulu kandungan gula dan bahan pengawet yang digunakan dalam minuman.

Sebaiknya lakukan sendiri air buah-buahan tanpa dicampurkan dengan gula tambahan. Oleh itu anda tidak perlu berasa bimbang mengenai kandungan bahan kimia yang mungkin telah ditambah ke dalam jus.

2. Manfaat kulit buah

Agak aneh jika kita melihat ada individu yang memakan buah durian, rambutan dan nanas tanpa membuang kulitnya.

Situasi itu mungkin dipandang ‘rare’, tetapi ada juga buah-buahan yang baik dan digalakkan untuk makan bersama dengan kulit.

Buah seperti epal, anggur, pear, kiwi dan lemon baik untuk kesihatan tubuh badan.

Pada bahagian kulit buah juga terdapat banyak kandungan vitamin, mineral dan serat yang dapat membantu mengurangkan penyakit obesiti dan mencegah kanser.

3. Makan berasingan

Buah sering kali dijadikan sebagai pencuci mulut dalam hidangan dan menjadi menu terakhir dijamah setelah selesai makan.

Ia juga kerap dihidangkan tanpa sebarang campuran makanan lain kerana beranggapan hal itu akan menjejaskan kualiti buah selain tidak dijadikan amalan masyarakat setempat.

Selain dimakan secara berasingan, buah juga boleh diambil bersama kandungan protein lain seperti kacang, keju atau mentega.

Gabungan kedua-dua makanan itu akan membantu untuk memastikan kadar gula dalam darah seimbang dan stabil.

4. Hadkan pengambilan

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sering menjadi pilihan menu utama sekiranya ingin menurunkan berat badan.

Perkara tersebut nyata merugikan diri sendiri kerana akan menjejaskan keseimbangan glukosa dan kalori dalam aliran darah.

Sebaiknya pengambilan buah perlu bergantung mengikut tahap usia dan kecergasan individu itu sendiri.


Sekiranya berasa ragu-ragu, cuba dapatkan nasihat pakar bagi mengetahui amalan diet seimbang yang boleh diamalkan.

Tidak menjadi kesalahan sekiranya anda seorang penggemar buah-buahan, tetapi pengambilannya juga perlu betul.

Semoga perkongsian ini dapat memberi infomasi kepada anda dan memberi semangat untuk melakukan sendiri air minuman buah-buahan di rumah.

Selamat mencuba 🙂

 

Iklan