MASALAH ketiak berbau merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan individu.

Situasi ketiak berbau ini adalah termasuk dalam masalah badan berbau yang secara istilah teknikalnya dirujuk sebagai bromhidrosis dan ia bukanlah satu masalah yang mendatangkan kebimbangan berkaitan masalah kesihatan.

Walau bagaimanapun, mempunyai masalah ketiak yang berbau boleh dianggap sebagai satu keadaan yang menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan individu lain.

Masalah badan berbau juga berlaku apabila anda melangkah ke alam akil baligh.

Ia adalah kerana di dalam badan kita berlaku proses peningkatan hormon yang dipanggil androgen.

Hormon ini tidak aktif sehinggalah kita mencapai tempoh kematangan atau akil baligh.

Oleh kerana ini, masalah badan berbau jarang untuk berlaku kepada kanak-kanak.

Masalah badan berbau juga berlaku apabila anda melangkah ke alam akil baligh. Ia adalah kerana di dalam badan kita berlaku proses peningkatan hormon yang dipanggil androgen.

Apa yang korang bau itu sebenarnya adalah hasil yang berlaku apabila bakteria memecahkan protein keratin yang berada pada permukaan kulit.

Rumit dan agak menjijikkan bukan? Tetapi itulah perkara yang berlaku.

Ketika korang melakukan apa-apa aktiviti pergerakan fizikal yang cenderung menyebabkan terhasilnya peluh, atau mungkin lebih banyak terdedah kepada keadaan panas mahupun cahaya matahari, badan kita akan menghasilkan peluh.

Ia adalah untuk membantu mengawal suhu badan. Peluh yang ‘bertemu’ dengan bakteria pada permukaan kulit akan menyebabkan wujudnya bau.

Inilah yang dipanggil sebagai bau badan atau B.O untuk body odor. Itu jugalah keadaan yang berlaku kepada bahagian ketiak kita.

Antara faktor-faktor yang menimbulkan masalah bau badan adalah;

  • Proses kematangan atau akil baligh yang cepat.
  • Sindrom fish odor.
  • Pemakaian pakaian dengan material yang tidak sesuai seperti sintetik.
  • Mempunyai kelenjar peluh yang lebih banyak.
  • Pengambilan diet pemakanan harian yang terdiri daripada makanan yang mengeluarkan bau seperti bawang.
  • Masalah kesihatan seperti kencing manis, fenilketonuria (phenylketonuria) dan hiperhidrosis.

Justeru, jika korang mengalami masalah bau ketiak dan dan sedang mencari cara hilangkannya, ayuh cuba petua semula jadi ini;

Cuka epal

1. Cuka epal

Antara petua cara hilangkan bau ketiak adalah dengan menggunakan cuka epal.

Ia pada awalnya mungkin akan mengeluarkan bau yang agak masam, tetapi cuka dipercayai cara hilangkan bau ketiak yang berkesan
untuk korang.

Jika berminat untuk menggunakan kaedah ini, korang hanya perlu tuangkan cuka ke dalam mangkuk. Celupkan bebola kapas ke dalam cuka dan sapukan ke bahagian ketiak. Atau cara lain, boleh juga bilas ketiak dengan cuka ketika mandi.

Soda

2. Soda Bikarbonat

Ia merupakan antara bahan yang digunakan untuk membuat kuih atau kek. Tetapi ia juga merupakan antara salah satu bahan yang boleh digunakan sebagai cara hilangkan bau ketiak.

Untuk menggunakan petua ini, korang boleh mencampurkan satu sudu jus lemon bersama satu sudu bicarbonate soda atau serbuk penaik.

Sapukan campurkan pes ini pada ketiak korang dan biarkan ia seketika sebelum membilasnya dengan air. Jika korang tidak mempunyai jus lemon, boleh menggantikannya dengan tepung jagung bersama air.

Sekiranya tidak mahu menggunakan jus lemon atau tepung jagung, boleh juga terus mencampurkan serbuk penaik dengan air dan menyapunya pada ketiak selepas mandi.

3. Serbuk sandalwood

Ia merupakan sejenis herba yang boleh didapati di kedai yang menjual herba.

Iklan

Untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara hilangkan bau ketiak, korang boleh mencampurkan serbuk ini dengan air sehingga ia menjadi pes. Sapukan ia pada ketiak. Biarkan ia sehingga kering sebelum membilasnya dengan air bersih.

sengkuang

4. Sengkuang

Sekuang dianggap sebagai makanan yang dapat menyejukkan badan. Tetapi ia juga merupakan satu bahan yang boleh digunakan sebagai cara hilangkan bau ketiak.

Caranya adalah dengan mengisar halus sengkuang sehingga menjadi jus dan disapukan pada ketiak. Bahan ini dikatakan dapat menghilangkan bau sehingga 10 jam lamanya. Menarik bukan? Jadi tidak salah untuk mencubanya.

Baca juga Tak perlu berbelanja beribu-ribu ringgit untuk putihkan kulit, guna bahan yang ada di dapur saja

lemon

5. Lemon

Lemon merupakan satu bahan semula jadi yang menawarkan pelbagai manfaat seperti membantu dalam mengurangkan berat badan.

Iklan

Selain itu, lemon juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan bagi cara hilangkan bau ketiak yang dihadapi.

Hanya perlu menghiris lemon dan menggosoknya secara perlahan-lahan pada ketiak.

Boleh juga gunakan perahan jus lemon dan disapukan kepada ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon. Sapukan juga pada ketiak selepas mandi.

Untuk pengetahuan korang, selain dapat membantu menghilangkan bau busuk ketiak, lemon juga dikatakan dapat membantu mencerahkan kulit yang kehitaman pada bahagian ketiak.

Cubalah! Mana tahu dapat selesaikan masalah korang yang telah sekian lama itu.

Apa pun, yang paling penting adalah kita haruslah menjalani gaya hidup sihat agar kesihatan, kebersihan dan kecantikan diri sentiasa pada tahap yang baik.