50 tahun namun kekal jelita, Maria Farida kongsi rahsia kecantikan

September 24, 2020
Oleh Izyan Liyana

BAGI peminat drama Melayu, pasti mengenali wajah pelakon jelita, Datin Seri Maria Farida.

Beliau bukan sahaja dikagumi dengan mutu lakonannya yang bersahaja, namun juga kerana kecantikan dan penampilannya yang mempersonakan.  

Bahkan, tidak keterlaluan penulis menyifatkan wanita berdarah kacukan Melayu-Filipina itu turut dicemburui kerana memiliki pesona tersendiri.

Bayangkan, pada usia 51 tahun pelakon tersebut masih kekal jelita persis anak dara.

maria farida
JIKA tidak sibuk di set penggambaran, Maria Farida lebih selesa menghabiskan masa bersama famili di rumah.

Jadi bukan sesuatu yang mengejutkan apabila ibu kepada tiga cahaya mata berusia itu menjadi dambaan kebanyakan produk.

Iklan

Satu daripadanya apabila isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Rahman Shakur berkenaan dilantik menjadi duta produk kecantikan dan kesihatan jenama, Lucol-S.

Iklan

“Tak sangka daripada seorang pengguna, kini saya dipilih menjadi duta produk jenama ini (Lucol-S).

“Bersyukur, selepas sebulan mengambil minuman kolagen tersebut masalah pigmentasi saya semakin berkurangan.

“Lebih mengujakan parut-parut kecil pada wajah pun hilang. Kulit semakin berseri dan bersih,” tutur Maria Farida pada Majlis Pelancaran Lucol-S di Cyberjaya hari ini.

maria farida
MARIA FARIDA teruja pada usia 51 tahun beliau dilantik menjadi duta produk kecantikan dan kesihatan.