TIDAK dinafikan sejak penularan virus Covid-19, kita bukan sahaja perlu menjaga kesihatan dan kebersihan, malah kecantikan wajah juga dipertingkatkan dua kali ganda. Mengapa?

Ia berikutan susulan pandemik tersebut individu baik lelaki, wanita mahupun kanak-kanak disarankan memakai pelitup wajah bagi mengelakkan penyebaran wabak terbabit.

Kesannya, bahagian wajah yang kerap dilitupi topeng muka khususnya dagu, hidung dan pipi tidak hanya mengalami iritasi, malah turut berlakunya jerawat dikenali mask acne.

Kumpulan pakar dermatologi menyifatkan mask acne berpunca dek kelembapan yang terperangkap di dalam topeng muka.

Lalu menyebabkan pori-pori tersumbat dan meningkat pertumbuhan kuman atau bakteria penyebab jerawat.

Justeru, apakah solusi ideal untuk melembutkan kulit wajah daripada masalah kekeringan, mengelupas dan iritasi.

Pun demikian, usah bimbang selain menggunakan produk penjagaan wajah moden yang dijual di pasaran, korang juga boleh merawat kulit muka menggunakan tiga bahan-bahan semula jadi.

Antaranya ialah:

1- Tomato
Selain bertindak mengecilkan liang pori, tomato yang mengandungi likopena dan zeaxanthin juga membantu mengecutkan jerawat termasuk merawat sel kulit yang rosak akibat radikal bebas.

tomato

Sementara itu, biji tomato pula dapat melambatkan masalah penuaan.

Cara-caranya:
– Hancurkan sebiji atau dua biji buah tomato.
– Kemudian sapukan dan gosok lembut pada kulit muka.
– Biarkan masker tomato tersebut selama 15 minit, sebelum dibilas dengan air bersih.
– Amalkan rutin itu dua kali seminggu sebelum tidur.

2- Kentang

Iklan

kentang
Selain dijadikan pengganti nasi, kentang antara sayuran yang bermanfaat pada kulit wajah. Nutrisi seperti antioksida, vitamin B6 dan vitamin C terkandung di dalamnya boleh membantu mencerahkan, mengecutkan jerawat, melembapkan dan melincinkankan kulit wajah.

Cara-caranya:
– Parut sebiji 1 kentang.
– Campurkan dua sudu minyak zaitun dan sesudu madu.
– Kacau rata dan oles pada kulit wajah.
– Biarkan selama 10 minit, lalu bilas mengunakan air bersih.

3- Kulit pisang 
Kulit pisang mempunyai pelbagai zat terbaik untuk mengatasi masalah kulit wajah.

pisang

Iklan

Selain vitamin, kulit pisang juga kaya dengan kandungan mineral, karbohidrat, protein dan serat. Ia juga mempunyai ciri-ciri menghasilkan antibiotik berperanan merawat kulit muka.

Cara-caranya:
– Gosok kulit pisang pada wajah sehingga warna kulit menjadi hitam.
– Ulang proses sama selama 10 minit
– Biarkan sisa kulit pisang melekat pada wajah semalaman.
– Keesokannya cuci wajah dengan air bersih.

Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Pelitup muka punca muka berjerawat. 3 tip mudah ini boleh membantu