TERCARI-CARI pelembap bibir yang sesuai? SinarPlus mencadangkan anda mencuba Maxillip Double Layer Lip Balm yang memberi perlindungan berganda dan memastikan bibir si pemakai kelihatan muda dan lebih anjal.

Menariknya, produk baharu itu juga boleh digunakan sebagai asas solekan.

Maxillip Double Layer Lip Balm ditawarkan dalam dua varian iaitu Firming Q10 + Pomegranate Balm Lip Balm dan Brightening Caviar + Hyaluronic Acid Lip Balm.

Berikut perincian lanjut kedua-dua varian berkenaan:

 

Maxillip Firming Q10 + Pomegranate Balm Lip Balm:

Berfungsi dengan berkesan untuk melicinkan garis halus, mencerahkan bibir dan memberikan lembapan berpanjangan. Lapisan dalamnya mengandungi minyak biji delima yang tinggi antioksida.

Sementara lapisan luarnya dilengkapi seramida, squalene dan pelbagai minyak botani asli. Ia juga bebas pewangi dan pengawet serta lembut walaupun pada bibir sensitif.

Iklan

 

Maxillip Brightening Caviar + Hyaluronic Acid Lip Balm:

Iklan

Sekiranya bibir kalian kelihatan kusam dan kering, produk ini sangat sesuai untuk digunakan. Diperkaya dengan kaviar yang kaya dengan protein, vitamin dan mineral, ekstrak hilurlip dan propolis dari Perancis.

Untuk membeli dua produk tersebut, pembelian secara online boleh dilakukan di platform Shopee dan Hermo.