SELAIN memilih kulit wajah yang mulus, mata adalah antara pancaindera yang harus diberi tumpuan khusus oleh para wanita.

Memahami kehendak itu, jenama kecantikan terkemuka dunia, Clarins memperkenalkan produk berkualiti tinggi, Double Serum Eye.

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, inovasi baharu berkenaan dikuasakan dengan formula berganda yang unik, pekat dan terkandung 96 peratus bahan semula jadi serta diperkaya dengan 13 ekstrak tumbuhan seperti cendawan liar organik dan kunyit.

“Produk ini adalah gabungan sempurna ekstrak tumbuhan, sains dan teknologi inovatif dari Clarins,” kata Clarins.

Penggunaan Double Serum Eye antara lain membantu dan berfungsi untuk membendung beberapa masalah. Antaranya seperti:

-Melicinkan kedutan dengan segera.
-Mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam.
-Menguatkan dan melindungi kulit di sekitar kontur mata.
-Menerangi kawasan mata.
-Membantu melindungi kulit kesan berbahaya impak daripada cahaya biru.

Iklan


Mata kita mencerminkan usia dan gaya hidup, malah keperibadian kita. Justeru, inilah masanya untuk bersama-sama melindungi kawasan mata, menghidupkan kembali sinarnya dan memberikan intensiti baharu,” kata Clarins sambil menambah berjuta-juta wanita dan lelaki di seluruh dunia telah menggunakan Double Serum dan telah mengesyorkannya kepada rakan mereka.

 

Iklan

 

Foto Clarins