SEBELUM ini, ramai yang berkongsi mengenai khasiat yang boleh diperoleh daripada buah durian belanda.

Namun, pada kali ini, SinarPlus ingin fokuskan kepada khasiat daun durian belanda pula.

Di Malaysia, mungkin ramai yang tidak biasa menggunakan daun pokok durian belanda.

Sebaliknya, di beberapa negara, ia dijadikan sebagai teh daun durian belanda.

Berikut beberapa manfaat yang boleh dikecapi apabila gemar meminum air teh daun durian belanda dan cara mengolahnya menurut Telegram Petua dan Kesihatan:

1. Mencegah kanser.

Caranya, ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua.

Kemudian rebuslah dengan tiga gelas air dan biarkan sehingga mendidih dan surut hingga menjadi segelas air sahaja.

Bagi mendapatkan khasiat yang optimum, minum dua kali sehari.

2. Mengurangkan sakit pinggang.

Bagi mengurangkan masalah sakit pinggang, anda hanya perlu mengambil 20 helai daun durian belanda.

Selepas itu, rebus dengan sukatan lima gelas air dan biarkan mendidih sehingga menjadi tiga gelas sahaja.

Kemudian, minumlah 3/4 gelas air rebusan tersebut sekali sehari.

3. Menguatkan daya ketahanan tubuh.

Daun durian belanda juga boleh membuat sistem imunisasi badan manusia.

Kaedahnya, ambil lima helai daun durian belanda, lalu direbus dengan sukatan empat gelas air.

Seusai itu, biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas dan minumlah sehari sekali.

4. Mengatasi diabetes.

Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil.

Khasiat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.

5. Menurunkan tekanan darah tinggi.

Iklan

Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.

Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut, sebaik-baiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.

6. Mengatasi buasir.

Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua.

Tatacaranya adalah rebus dengan tiga gelas air, lalu didihkan hingga menjadi satu gelas.

Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

Iklan

Baca juga: Rawat tumit merekah dengan jus lemon/limau nipis saja. Ada 8 bahan lain yang turut berkesan!

7. Mengubati sakit urat atau saraf.

Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.

Mudah sahaja, rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat.

Selepas itu, cuci bersih dan rebus dengan sukatan dua gelas air, lalu didihkan hingga menjadi satu gelas.

Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.

Selamat mencuba!