Muka dah mula muncul jeragat… cuba cara dua bahan ini hilangkannya

Muka dah mula muncul jeragat... cuba cara dua bahan ini hilangkannya
October 12, 2020
Faezah Muda

SEMUA gadis ingin kelihatan cantik. Ada yang sanggup berhabisan ratusan ringgit malah ribuan untuk ke pusat rawatan.

Ada juga yang berhabisan wang membeli produk kecantikan walaupun harganya mahal.

Antara masalah yang sering dialami oleh wanita atau gadis adalah jeragat.

Banyak produk untuk memudarkan jeragat, namun bagi yang mahu mencuba kaedah tradisional boleh cuba petua ini.

Paling sesuai untuk jeragat yang baru nak kelihatan.

Ikuti perkongsian daripada Nurul Diyana Kamaludin ini.

Petua ni sesuai untuk jeragat atau bintik hitam yang baru berjinak-jinak nak keluar atau pun yang baru sedikit dan kecil.

Jika dah terlalu banyak dan tebal, agak sukar dihilangkan dengan petua ini.

Artikel berkaitan: 3 masker DIY rawat kulit wajah kering, berjerawat

Walau bagaimanapun, boleh juga diamalkan dengan kerap untuk memudarkan jeragat.

Petua ini, jika sering diamal, kulit muka juga akan lembut, selembut kulit bayi. Dah terbukti.

Jerawat juga susah nak tumbuh dan kulit akan bersih serta cerah.

Caranya:

1. Ambil 3 hirisan limau nipis, perah airnya.

2. Sedikit susu tepung (Everyday/Fernleaf/Nespray).

3. Campurkan sebati.

4. Sapu di muka dan biarkan selama 30 minit hingga kering.

5. Bilas dengan air suam. Cuci muka seperti biasa.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Kredit: Nurul Diyana Kamaludin

Muka dah mula muncul jeragat... cuba cara dua bahan ini hilangkannya