SEPERTI kita sedia maklum, Itali sememangnya terkenal dengan keunikan rekaan dan pertukangan berkualiti tinggi dalam industri fesyen dan barangan kemas.

Mengambil kira faktor tersebut secara tidak langsung telah mendorong jenama barangan kemas Malaysia, Habib menjalinkan kerjasama dengan pembuat barangan kemas dari negara berkenaan.

Selepas berkolaboratif bertahun-tahun lamanya, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Sri Meer Habib tampil berkongsi buah fikiran baharu menghasilkan koleksi eksklusif Habib Oro Italia 916 yang menggabungkan kreativiti dan kepakaran antara dua negara.

Secara ringkas, Oro membawa maksud emas dalam bahasa Itali.

Biarpun di Itali sentiasa menggunakan kandungan emas yang rendah, namun Habib mengambil langkah proaktif menghasilkan barangan kemas 916.

Inisiatif tersebut selari dengan matlamat Habib yang amat menitikberatkan elemen warisan menggunakan teknologi terkini bagi mencipta barangan kemas bertaraf dunia mengikut cita rasa rakyat Malaysia.

Sejak diperkenalkan di negara ini koleksi Habib Oro Italia 916 telah berjaya mencuri hati pencinta barangan kemas dek rekaannya yang moden dan sesuai digayakan segenap peringkat umur.

Menariknya, setiap satu barangan Habib Oro Italia 916 mendapat sentuhan kemasan tangan oleh tukang emas dari Itali.

Hasil tangan yang halus dan kemas membuatkan individu berasa selesa dan lembut pada kulit sepanjang memakai koleksi barangan kemas terbabit.

Antara koleksi Habib Oro Italia 916:

Bassano

habib
Gelang tangan emas kuning dan putih 22k ini diinspirasikan dari tempat penghasilan emas di Itali. Ciri utama Bassano terletak pada gabungan bebola manik kecik dengan pintalan indah.

Luna

habib
Luna bermaksud bulan dan kilauan yang mana pada permukaan gelang tangan emas kuning 22k itu kelihatan seperti bulan dari arah bumi.

Iklan

Sicilia

habib
Kepulauan Sicily kaya dengan sejarah dan seni bina dan monumen bertaraf dunia. Rekaan cincin Sicilia diilhamkan dari pemandangan bandar berlatar belakang gunung dan laut.

Amore

Iklan

habib
Amore bermaksud cinta dalam bahasa Itali. Bentuk hati dalam rekaan gelang tangan emas kuning, putih dan rose 22k itu simbolik pada elemen romatik. Ia ideal dihadiahkan kepada insan tersayang.

Tassel

habib
Rantai leher emas kuning dan putih 22k tersebut menampilkan reka bentuk moden dan versatil yang sesuai digayakan golongan muda.