TIDAK dinafikan penjagaan kulit wajah dengan rutin amalan tertentu menjadi perkara penting terutama buat golongan wanita.

Walau dalam apa keadaan sekali pun, kulit wajah penting untuk dijaga tidak kira mengira waktu termasuk sepanjang bulan Ramadan ini.

Memetik perkongsian Tatler Asia, terdapat beberapa kesilapan dalam penjagaan kulit yang harus dielakkan ketika berpuasa.

 

Baca juga: 5 perkara yang perlu dilakukan untuk kulit kekal cantik semula jadi poin nombor 3 memang kena cuba

Baca juga: Awas wajah berkedut pada usia muda tanda paras gula tinggi dalam badan

Dr Zainab Laftah

Menurut Pakar Perunding Dermatologidi Hospital Guy dan St Thomas di London, Dr Zainab Laftah, penting untuk memahami tahap penghidratan kulit bagi mengekalkan kecerahan.

Oleh itu, ikuti beberapa fakta tentang pentingnya penjagaan kulit sepanjang berpuasa yang boleh dijadikan sebagai rujukan:


1. Mempengaruhi kulit

Berpuasa memiliki pelbagai manfaat baik untuk kesihatan. Mengehadkan pengambilan jumlah kalori boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan barah.

Bagaimanapun, kekurangan air untuk tempoh yang lama akan mengakibatkan kulit muka dihidrasi sehingga mengakibatkan permukaan menjadi kasar dan kusam.

2. Perkara perlu elakkan

Dr Zainab Laftah menyarankan agar jauhi penggunakan produk pembersih wajah berbuih bagi mengelakkan kulit berasa tegang dan kering.

Justeru, beliau menyarankan agar menggunakan krim yang mampu menghilangkan minyak, membuang sel kuit mati dan kotoran wajah secara perlahan-lahan.

Penggunaan pelembap antara solusi untuk menghindari masalah kering dan tegang. Sebaiknya pilih pelembap yang mengandungi humektan seperti hyaluronik, seramida dan gliserin.

Bahan-bahan tersebut mampu mengekalkan kulit wajah kekal lembap sekali gus mengelakkan masalah kulit kering.

3. Mata dan bibir

Bahagian bawah mata dan sekeliling merupakan permukaan kulit halus dan nipis. Oleh itu, bahagian tersebut perlu dijaga kerana mudah menjadi sasaran pertumbuhan kedutan.

Jadi, pilih pelembap yang betul untuk kulit termasuk memakai krim pelindung matahari bagi melindungi daripada sinaran ultraungu berbahaya.

4. Alat solek

Tidak perlu untuk menukar rutin solekan, namun anda perlu sedar apabila kulit wajah mula menunjukkan kekeringan.

Apabila itu berlaku, penggunaan pelembap amat disarankan. Bukan sahaja mengelakkan rasa kering, tetapi bimbang akan terdedah kepada kotoran yang mampu mengakibatkan pertumbuhan jerawat.

5. Kekal berseri

Iklan

Kulit kusam disebabkan kekeringan dan kurang kandungan air ekoran pengurangan kandungan air di lapisan atas kulit.

Cuba amalkan minum air dua liter semasa berbuka dan sahur bagi membantu menambahkan kandungan air kulit dan mengekalkan kelembapan setiap hari.

6. Makanan dan minuman

Pengambilan makanan yang mempunyai kandungan kafein baik untuk mengelakkan kehilangan cecair dalam badan.

Sekiranya jerawat muncul dengan tiba-tiba, cuba elakkan pengambilan makanan tinggi glisemik kerana ia akan mengakibatkan glukosa dalam darah tinggi sekali gus menyebabkan pengeluaran minyak dengan banyak.

Pilik makanan yang kaya dengan antioksidan bagi mencegah kerosakan radikal bebas dan memperbaiki sel kulit mati.

7. Penjagaan

Lebih baik menggunakan pendekatan kurang itu lebih baik. Perkara utama, kenal pasti keadaan kulit dan berusaha untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Iklan

Pada bulan Ramadan, cuba amalakan rawatan kulit wajah pada sebelah malam bagi melindungi daripada berlakunya pigmentasi, jeragat atau penuaan.

Ringkasnya, penggunaan pelembap pada bulan Ramadan baik untuk kesihatan kulit wajah dan badan. Elakkan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari terlalu kerap.

Diet seimbang juga penting untuk mendapatkan kesihatan kulit yang baik.

Jadi, selamat mencuba dan berpuasa!

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI