PAPAN pemotong antara alat terpenting di dapur semasa penyediaan makanan sehinggalah digunakan untuk menyajikan sajian.

Setiap dapur paling kurang mempunyai satu papan pemotong dan kebiasaan dapur kormesial mempunyai empat atau lima papan pemotong.

Namun begitu, melalui perkongsian Public Health Malaysia semalam, dikatakan kuman pada papan tersebut mempunyai 200 kali ganda kotornya berbanding di tandas. Biar betul?

Jadi, hari ini lihatlah papan pemotong yang ada di rumah korang dan di kedai-kedai makan.

Adakah ia telah calar-balar, berdaki dan telah berkulat?

Sebenarnya, itulah antara sumber keracunan makanan yang menyebabkan korang cirit-birit dan sakit perut tau!

Kalau korang nak tahu, kajian menunjukkan 1 sentimeter persegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria. Ini 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman di tempat duduk tandas!

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2694959387460583

Walaupun keadaan papan pemotong telah daif dan tampak menjijikkan, masih ramai tetap menggunakannya.

Iklan

Rekahan dan kesan calar pada papan pemotong adalah ‘lubuk’ bagi kuman seperti Salmonella, E.coli dan sebagainya.

Selain itu, perkongsian penggunaan papan pemotong bagi bahan mentah (ayam, ikan, daging) dan sayur- sayuran/buah-buahan juga perlu dielakkan.

Sebagai contoh, selepas korang memotong ayam, kuman pada ayam mentah akan melekat di papan pemotong tersebut, kemudian dengan papan yang sama korang potong sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.

Iklan

Jadi, bagi mengelak berlakunya masalah kesihatan, ini antara saranan buat korang sebagai panduan:

1. Gantikan papan pemotong jika telah ada kesan calar dan berdaki
2. Gunakan papan pemotong berbeza untuk bahan mentah dan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Jadi, jika papan pemotong di rumah korang dah ‘uzur’, buanglah dan dapatkan yang baru tau! Moga bermanfaat.

Sumber: Public Health Malaysia