KEADAAN pedih ulu hati boleh mengundang rasa kurang selesa dan tidak menyenangkan. Akan menjadi semakin parah apabila kita berasa tertekan disebabkan berdepan dengan kesukaran untuk melakukan tugasan harian.

Dipetik daripada laman web care.upm.edu.my, gangguan pedih ulu hati atau dipanggil gastroesophageal reflux disease berpunca apabila otot pemisah esofagus dan perut menjadi lemah.

Oleh sebab itu, sisa makanan bersama asid akan kembali ke refluks dan seterusnya ke organ esofagus sekali gus berlakunya iritasi.

Sekiranya hal sebegini kerap berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor terutama berkaitan ubat-ubatan yang perlu diambil.

Selain melakukan rawatan secara saintifik, gangguan ketidakselesaan ini boleh dirawat dengan menggunakan kaedah semula jadi.

Dengan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, masalah ini dapat diatasi dengan mudah.

Berikut SinarPlus kongsikan lima senarai buah-buahan yang dapat membantu mengurangkan keradangan pedih ulu hati:

1. Tembikai

Tembikai dikategorikan sebagai buah-buahan yang memiliki kandungan air yang tinggi. Dianggarkan sekitar 95 peratus air terkandung di dalam sebiji buah tembikai. Sebaiknya, sesekali jadikan buah tembikai sebagai hidangan pencuci mulut.

2. Pisang

Tergolongan dalam kumpulan buah yang mengandungi kandungan alkali dan pH yang tinggi, pisang juga dikatakan dapat mengurang masalah pedih ulu hati dengan cepat.

3. Tembikai susu

Iklan

Memiliki kelebihan sama dengan pisang, buah tembikai susu bukan sahaja memiliki rasa yang lemak manis, bahkan dipercayai turut mampu mencegah pedih ulu hati. Disebabkan rendah kandungan asam, jadi tembikai susu juga terbaik untuk membantu anda.

4. Betik

Selain tembikai susu, betik juga tergolong dalam kumpulan buah yang rendah kandungan asam termasuk kaya dengan vitamin C dan bersifat antioksidan. Bukan sahaja dapat merawat masalah gangguan pedih ulu hati, betik juga boleh melancarkan pencernaan dan mengelakkan sembelit.

5. Apel

Iklan

Tergolongan sebagai antara buah-buahan yang popular diamalkan oleh golongan diet, apel memiliki kandungan vitamin A, B dan C termasuk kalsium, magnesium serta zat besi. Secara ringkasnya, segala kelebihan itu menjadikan buah apel antara yang terbaik untuk merawat masalah pedih ulu hati.

Biarpun pelbagai kaedah semula jadi boleh dilakukan untuk merawat, tetapi anda tetap disarankan untuk mendapatkan khidmat pakar bagi mengetahui keadaan kesihatan yang sebenar.

Selain mengubah corak pemakanan, gaya hidup dengan melakukan aktiviti senaman dan elakkan merokok dapat membantu tingkatkan tahap kesihatan diri.

Jom follow Sinarplus di Instagram