MASALAH perut buncit seringkali dikaitkan dengan kebahagian.

Salah tau!

Sebenarnya, keadaan itu boleh jadi faktor risiko masalah kesihatan terutamanya jantung dan kencing manis.

Pada masa sama, ia juga dikaitkan dengan individu yang mempunyai lemak visceral yang tinggi.

Bagaimana ingin mengenalinya dengan lebih mendalam?

Jawab pakar pemakanan, Syaza Lyana Idris di Facebooknya, mudah sahaja.

Jika ukur lilit pinggang anda lebih dari 35 inci iaitu 90 sentimeter (cm) untuk lelaki dan lebih 32 inci (80cm) untuk perempuan, itu telah menunjukkan bahawa anda mempunyai lemak visceral yang berlebihan.

Jadi, berikut enam perkara yang terbukti menurut kajian yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan lemak visceral:

1. Elakkan gula tambahan dalam makanan dan minuman.

  • Kajian menunjukkan penambahan gula yang berlebihan boleh menyebabkan lemak berkumpul pada bahagian abdomen dan hati. Ini akan memberikan kesan yang berbahaya kepada kesihatan secara keseluruhan.

2. Tingkatkan pengambilan protein.

  • Protein yang mencukupi merupakan faktor utama dalam proses penurunan berat badan. Kajian menunjukkan, ia dapat membantu mengurangkan craving sehingga 60 peratus, membantu menggalakkan kadar metabolisme sebanyak 80 hingga 100 kalori sehari dan membantu untuk kurangkan pengambilan makanan yang lain hampir 441 kalori setiap hari.

3. Kurang pengambilan karbohidrat.

  • Pengambilan karbohidrat yang sedikit merupakan cara yang sangat efektif dalam mengurangkan lemak terutamanya karbohidrat ringkas seperti gula, roti putih, kek dan lain-lain. Cara ini bukan sahaja membantu mengurangkan lemak di perut, malah dapat improve masalah kencing manis.

Iklan

4. Tingkatkan pengambilan serat.

  • Kajian mendapati pengambilan serat yang banyak boleh membantu mengurangkan pembentukan perut buncit, membantu kenyang lebih lama dan mengurangkan craving seseorang.

5. Senaman secara berkala.

  • Senaman merupakan perkara yang paling terbaik untuk membantu mengurangkan lemak pada bahagian abdomen. Justeru, lakukan senaman kardio seperti berjalan, joging dan berenang kerana aktiviti-aktiviti tersebut sangat membantu.

6. Trek pengambilan makanan.

Iklan
  • Jejak makanan bukanlah semata-mata perlu menimbang atau mengukur semua yang menu yang dimakan, tetapi tracking ini boleh membantu memastikan makanan yang anda ambil bukan di bawah dan di luar kawalan porsi.

Oleh itu, tidak mustahil sebenarnya untuk kita kurangkan pembentukan perut buncit dengan hanya lakukan perkara dikongsi.

Baca juga: Sedang kuarantin di rumah kerana positif atau jadi kontak rapat? Ini tip pemakanan khusus yang dicadangkan

Semoga bermanfaat!