LAZIMNYA, kita sudah terbiasa makan beras putih, namun bagi yang mereka yang ingin sihat atau dalam fasa diet mungkin kini berhajat untuk memulakan amalkan pemakanan beras perang pula.

Namun demikian, jangan sangka ia begitu mudah untuk menukar daripada memakan beras putih ke beras perang macam itu sahaja.

Pastinya, ada yang tidak boleh terima serta-merta.

Umum mengetahui, setiap variasi beras mempunyai nutrien yang berbeza-beza, begitu juga dengan manfaatnya.

Bercerita panjang lebar mengenai itu, Huda Zainal yang sudah mengamalkan beras perang dua tahun lalu berkongsi pandangannya di entri Facebook baru-baru ini.

Katanya, terdapat bermacam-macam warna beras antaranya beras perang, beras hitam, beras ungu dan beras merah.

“Beras asal bukan warna putih pun.

“Beras yang tidak diproses mempunyai tinggi nutrien, tinggi serat dan sangat bagus sangat untuk sistem penghadaman,” tulisnya.

Iklan

Untuk pengetahuan orang ramai, lagi gelap warna beras itu, lagi tinggi sifat antioksidannya.

“Gembira sistem imun kita apabila dapat makan beras hitam,”.

Iklan

Namun demikian, bukan mudah untuk menukar beras serta-merta kan? Ini perkongsian daripada Huda Zainal:

1. Mula memasak dengan nisbah 1:3 iaitu beras perang secawan dan beras putih tiga cawan. Selama 21 hari amalkannya namun tidak berjaya (berlarutan sehingga tiga bulan).
2. Selepas tiga bulan, amalkan nisbah 50:50 iaitu separuh beras perang dan separuh lagi beras putih (juga diamalkan selama tiga bulan).
3. Kemudian, dicuba pula nisbah 3:1, iaitu tiga cawan beras perang dan satu cawan beras putih.

“Sekarang saya sudah boleh makan beras perang sepenuhnya. Sekali sekala saya akan beli multigrain rice atau black rice,”.

Pesannya juga, jika anda menggunakan beras selain beras putih, seeloknya direndam selama 24 jam terlebih dahulu (supaya beras lembut) dan boleh tanggalkan asid fitik agar badan mudah menyerap magnesium dan mineral daripada beras yang tidak diproses itu.