JIKA kita perhatikan, perubahan fesyen dan gaya tidak ubah seperti satu pusingan roda.

Lihat saja dengan gaya terkini stail rambut yang menjadi kegilaan ramai pada tahun ini.

Seperti mahu mengembalikan kehangatan era tahun 1970-an dan 1980-an, potongan rambut mullet dan hime diangkat kembali pada tahun 2021.

Sedikit perkongsian sejarah mengenai stail ini yang SinarPlus mahu ceritakan.

Populariti gaya rambut hime dan mullet memuncak pada zaman tersebut, namun mendapat kecaman hebat apabila memasuki tahun 2000-an.

Pada waktu itu, rata-rata melontarkan komen kononnya mengatakan gaya mullet mahupun hime sudah tidak relevan dan ketinggalan zaman.

Sebenarnya, tuduhan itu tidak relevan dan tidak berasas.

Mengapa? Ini kerana sudah terbukti gaya retro tersebut sudah menjadi ikutan terutama dalam kalangan anak-anak muda.

Barisan selebriti antarabangsa khususnya artis K-pop dan Jepun nyata meminati potongan rambut sebegitu. Begitu juga dengan bintang Hollywood!

Bagi yang ragu-ragu mengenai stail rambut ini, jangan risau SinarPlus akan kongsikan beberapa foto artis popular menggayakan potongan rambut malar segar dan menjadi ikutan masa kini.

1. Hime Cut LoB

Irene (Red Velvet)

Potongan rambut bob panjang atau LoB antara potongan yang digemari terutama bagi golongan wanita muda.

Selain menyerlahkan sisi feminin seseorang, ia juga dapat menyerlahkan personaliti individu itu.

Gaya rambut rambut bahagian belakang yang dibiarkan panjang, manakala sisinya pula dipotong pendek sehingga paras dagu dan disertakan dengan bangs.

2. Hime klasik

Momo (TWICE)

Potongan rambut gaya tradisional ini sesuai buat mereka yang memiliki rambut lurus.

Masih menggunakan cara sama, rambut pada bahagian sisi dipotong pendek bersama dengan bangs manakala bahagian belakang dibiarkan panjang.

3. Hime berombak (Wavy)

Yuju (GFRIEND)

Potongan rambut ini boleh menyerlahkan sisi matang wanita dan memberikan aura dan karisma.

Gaya potongannya tetap sama, cuma yang membezakannya adalah potongan ini membiarkan rambut sedikit berombak (wavy) atau dengan kata mudah, ikal mayang dalam bahasa klasiknya.

Iklan

4. Ash blonde mullet

Taeyong (NCT 127)

Mengenakan potongan rambut klasik atau belah tengah (middle part) dengan membiarkan rambut pada bahagian belakang panjang.

 

5. Mullet with highlight

Baekhyun (EXO)

Potongan rambut gaya klasik mullet dengan mengenakan highlight berwarna jingga gelap pada bahagian atas rambut.

Iklan

Penampilan seperti ini menampakkan seakan rambut pada bahagian atas kelihatan tebal.

6. Long tail mullet

Hongjong (ATEEZ)

Dipanggil sebagai long tail kerana rambut pada bahagian belakang dibiarkan panjang melebihi paras bahu.

Potongan gaya rambut bahagian hadapan pula dilakukan bangs. Gaya seperti ini pernah dilakukan oleh artis Hollywood seperti Miley Cyrus dan Cara Delevingne.

Selepas membaca input ini, siapa tahu anda mungkin memperoleh inspirasi untuk menggayakan potongan rambut baharu nanti.

Tidak dinafikan gaya potongan rambut ala selebriti ini menarik, tetapi ia perlu mengikut kesesuaian bentuk wajah dan personaliti seseorang individu. Selamat mencuba 🙂