Rahsia urut kaki, 'keluarkan' hormon gembira

November 7, 2020
Oleh Farah Eliani

URUTAN kaki telah diamalkan selama berabad-abad untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan.

Menurut Facebook Public Health Malaysia, antara manfaatnya adalah dapat merangsang otak dengan baik dan meningkatkan aliran darah.

Bukan itu sahaja, urutan kaki juga mampu merangsang hormon gembira endropohin dan dapat mengurangkan tekanan.

Kaki korang bekerja sepanjang hari. Jika dapat urutan memang sangat melegakan.

Iklan

Berikut adalah panduan untuk mengurut kaki sendiri:

1. Duduk di kerusi yang selesa. Bengkokkan kaki kiri dan letakkan kaki kiri korang dengan lembut di paha kanan  (seperti duduk sila panggung).

2. Tuangkan sedikit losyen kulit atau minyak ke tangan. Gosokkan perlahan-lahan ke kaki korang dan urut seluruh kaki termasuk jari kaki, lengkungan dan tumit.

Iklan

3. Lakukan urutan yang lebih mendalam. Tekan ibu jari tangan kanan ke tapak kaki kiri. Tekan tapak kaki seperti sedang melenyek tepung atau pegang kaki dengan kedua tangan dan tekan dengan ibu jari ke permukaan kulit

4. Dengan menggunakan tangan, tarik perlahan ibu jari kaki ke belakang dan ke atas . Ini meregangkan otot di bawahnya.

5. Ulangi pada kaki yang lain.