JIKA tahun lalu menyaksikan koleksi busana berasaskan warna terang dan neon menguasai carta fesyen 2020, tetapi tahun ini pula sebaliknya.

Portal thetrendspotter.net meramalkan trend fesyen bagi tahun 2021 tidak tertumpu pada permainan warna semata-mata, malah turut diserikan dengan elemen potongan, pelengkap gaya dan aksesori kepala.

Justeru, sempena pembukaan tirai tahun baharu segmen Sihat Cantik kongsi tiga gaya popular yang bakal mewarnai sepanjang tahun 2021.

1- Jaket potongan longgar

fesyen
Tahun 2021, menjangkakan gaya 80-an khususnya jaket atau blazer potongan longgar (boyfriend blazer) kembali menjadi trend dalam kalangan wanita.

Lazimnya, item fesyen sedemikian akan dipraktikkan konsep suai dan padan untuk menyuntik elemen moden dan ranggi.

Selain skirt pendek, jaket atau blazer berkenaan juga ideal dipakai bersama seluar potongan tirus, denim dan baju-T polos rona lembut atau putih.

Bagi menyempurnakan penampilan, jangan lupa gayakan jua dengan kasut dan tas tangan pilihan.

fesyen aina abdulBuat wanita yang mencari idea untuk menggayakan jaket potongan longgar, usah bimbang. Korang singgah sahaja ke laman sosial Instagram penyanyi berbakat besar, Aina Abdul @ainaabdul.

Beliau antara artis yang bijak membawa fesyen sedemikian persis selebriti bertaraf antarabangsa.

2- Pelitup muka hitam

topeng muka
Sejak pandemik Covid-19 menular di serata negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pemakaian topeng muka bagi memerangi virus terbabit.

Susulan peraturan itu permintaan terhadap terhadap alat pelindungan itu meningkat berkali-kali ganda baik topeng muka perubatan mahupun jenis fabrik.

topeng mukaBertambah menarik di pasaran hari ini, pelitup muka bukan sahaja hadir dalam warna putih dan biru, bahkan turut menawarkan rona ungu, merah jambu dan hitam serta bercorak.

Situasi berkenaan menunjukkan topeng muka telah menjadi salah satu elemen fesyen. Buktinya, sebaik sahaja jenama-jenama popular global dan lokal memuat naik jualan pelitup muka secara dalam talian, ia habis dijual dalam sekelip mata.

Iklan

Ramalan menyebut bagi tahun 2021 pelitup muka warna hitam akan mendapat permintaan paling tinggi.

Ini disebabkan pemain industri fesyen menyifatkan nuansa tersebut tampak serasi apabila dipadankan bersama busana dan pelengkap gaya variasi warna dan desain.

3- Tas tangan kuning

beg tangan fesyen
Beg rona kuning bakal menguasi fesyen jalanan ataupun majlis formal.

Meskipun sebahagian besar wanita lebih cenderung memilih warna selamat, namun pemerhati fesyen mendapati nuansa itu juga berupaya menyerlahkan penampilan kaum Hawa.

beg tangan fesyenPaling penting, wanita harus bijak menerapkan konsep suai dan padan yang tidak tersasar daripada permainan warna ideal.

Misalnya, memadankan tas tangan atau beg genggam warna kuning bersama busana serba hitam atau dres maxi rona hijau. Ini termasuklah, menggayakan dengan persalinan biru ataupun warna coklat.

Wanita bebas memilih sama ada kuning ton terang atau kuning lembut.

Iklan

beg tangan fesyen

Sumber: Instagram selebriti dan Canva