KEPADA para jejaka dan wanita yang tercari-cari produk kesihatan kulit bertaraf premium, Dermoseries-Perfecting Skincare daripada DR IRMA antara salah satu jenama yang boleh dipertimbangkan.

Pengasasnya yang juga seorang doktor pergigian bertauliah, Dr Irma Shida Abu Samah berkata, inovasi terbaharu jenamanya itu juga sesuai digunakan oleh individu daripada segenap lapisan umur termasuk mereka yang menderita ekzema.


“Kami menggunakan bahan mentah semula jadi yang berkualiti seperti ekstrak buah-buahan, bunga dan tumbuhan yang diimport khas dari United Kingdom dan Kanada untuk produk terbaharu ini.

Dermoseries juga bebas daripada bahan kimia berbahaya terutamanya sulfat, paraben, pewangi dan pewarna bagi memberikan pengalaman penjagaan kulit yang paling selesa dan bebas risiko untuk para pengguna“ katanya dalam satu kenyataan.


Bukan hanya fokus kepada penjagaan kulit, DR IRMA turut memperkenalkan cecair pembasmi kuman yang popular dengan gelaran Sanitizer SuperWangi yang membunuh 99 peratus virus dan kuman.

Iklan

Terdapat lima wangian eksklusif iaitu Pretty Lovely, Zesty Lemon, Dreamcatcher, Tutti Candy dan Daydream.

Iklan


Semua produk DR IRMA boleh dibeli dalam talian menerusi www.drirmashop.com, pasar raya AEON seluruh Malaysia, Coop Farmasi, Shopee dan Shopee.sg.