SELALUNYA, kita hanya membaca dan melihat barisan wanita tercantik sahaja.

Namun, pada kali ini, SinarPlus paparkan wajah lelaki terkacak di dunia pula seperti yang dikeluarkan oleh TC Candler & Independent Critics.

Syarikat itu telah menggabungkan lebih 100,000 figura popular antarabangsa tidak mengira sama ada pelakon, penyanyi, model, atlet mahupun ahli politik, kata pengasasnya TC Candler yang juga seorang wartawan yang aktif menyediakan kandungan di internet pada era 1990-an.

Kata beliau, pihaknya memiliki kekuatan seramai 20 ‘detektif’ dari serata dunia yang bertanggungjawab mengenal pasti individu berwajah tampan berdasarkan cadangan daripada jutaan warganet.

Daripada 100 wajah yang terpilih, terdapat figura yang sangat dikenali dan tidak kurang juga yang kurang familiar dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebelum terlupa, artis tempatan yang juga suami kepada Fazura, Fattah Amin pernah dicalonkan, tetapi tidak tersenarai dalam 100 terbaik.

Berikut SinarPlus ketengahkan 5 wajah personaliti popular yang menduduki carta papan teratas dalam senarai 100 Wajah Terkacak 2020:

1.

Felix Kjellberg

  • Kjellberg atau nama lengkapnya Felix Arvid Ulf Kjellberg merupakan seorang YouTuber berasal dari Sweden yang dikenali sebagai PewDiePie.
  • Berusia 32 tahun, Kjellberg mampu meraih pendapatan sebanyak AS$58.2juta (RM238.45juta) setahun dengan memuat naik kandungan permainan video dan aksi komedi.
  • Kjellberg turut pernah mengundang kemarahan peminat di Malaysia dan Singapura disebabkan kenyataannya, mengatakan peminat di kedua-dua buah negara itu sangat menjengkelkan.

 

2. V

  • Selain bergiat aktif dalam bidang nyanyian sebagai anggota kumpulan BTS, V atau Kim Tae-hyung turut bergelar pelakon, komposer dan pengacara.
  • Bintang berusia 26 tahun itu juga pernah muncul menerusi drama rantaian Hwarang: The Poet Warrior Youth pada 2016.

3. Chris Hemsworth

  • Ketampanan aktor berusia 38 tahun ini tidak dinafikan biarpun menghampiri tangga usia 40-an.
  • Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini turut popular membawakan watak Thor menerusi karya adi wira, The Avengers.
  • Selain itu, Hemsworth pernah membintangi filem Men in Black: International (2019), Bad Times at the El Royale (2018) dan Ghostbusters (2016).

 

4. Jungkook

  • Merupakan ahli termuda kumpulan popular K-pop BTS, Jungkook atau nama lengkapnya Jeon Jung-kook turut terlibat dalam penghasilan dan penerbitan lagu kumpulan terbabit.
  • Antara lagu yang mendapat sentuhan jejaka berusia 24 tahun itu ialah Stay, Your Eyes Tell, Magic Shop dan Run.

5. Henry Cavill

  • Nama aktor Henry Cavill atau Henry William Dalgliesh Cavill menjadi sebutan apabila naskhah lakonannya, Enola Holmes mendapat sambutan hangat daripada peminat.
  • Selain itu, Cavill turut dikenali sebagai Superman atau Clark Kent.
  • Filem yang pernah dibintangi oleh pelakon berusia 38 tahun itu ialah Mission: Impossible – Fallout (2018), Justice League (2017) dan Man of Steel (2013).

ANEKDOT

25 Lelaki Terkacak Di Dunia

1 Felix Kjellberg

2 V (Kim Taehyung)

3 Chris Hemsworth

4 Jungkook (Jeon Jung-kook)

5 Henry Cavill

6 Jason Derulo

7 Xiao Zhan

Iklan

8 Jason Momoa

9 Timothee Chalamet

10 Paing Takhon

11 Lay Zhang

12 Shawn Mendez

13 Idris Elba

14 Dean Scheineder

15 Taeyong (Lee Tae-yong)

16 Michele Morrone

Iklan

17 Jimin (Park Jimin)

18 Tonni Mahfud

19 Wang Yibo

20 Jensen Ackles

21 Zayn Malik

22 Cha Eun-woo

23 Luca Marinelli

24 Ni-ki (Nishimura Riki)

25 Can Yaman