Sentuhan magis fesyen Hanis Zalikha, tak serabut, minimalis, elegan, sopan dan yang penting tutup aurat

August 2, 2021
Oleh Lynn Mazlina

MEMANG ELEGAN! Itu kata dua penulis selepas menyaksikan hasil kolaboratif antara selebriti terkemuka negara, Hanis Zalikha dengan poplook.

Hanis Zalikha X poplook antara lain menghasilkan cetakan dan reka bentuk eksklusif yang sesuai kepada mereka yang suka kepada gaya minimalis.

Dalam koleksi terbaharu tersebut, tiga cetakan berbeza. Para gadis dan wanita yang sukakan stail minimalis, Hanis Zalikha x poplook hasilkan dua cetakan terrazzo moden yang indah.

Kepada anda yang menggemari konsep anggun dan feminin, cetakan bunga- bungaan juga telah direka untuk melengkapi gaya anda.

Pelbagai pilihan warna boleh dipilih. Daripada warna pastel dan nude hingga warna yang lebih gelap.

Pendek kata, pelbagai kroma warna untuk disesuaikan dengan mood dan gaya setiap orang.

Iklan

Ujar Hanis, gaya hidup baharu iaitu bekerja dari rumah merupakan faktor utama di dalam proses reka bentuknya.

Saya suka sesuatu yang selesa, namun masih mempersonakan apabila digayakan. Keselesaan sememangnya dititikberatkan dalam proses penghasilan koleksi ini,” katanya.

Jika dilihat pada setiap helaian busananya menampilkan sisi moden seperti elemen statement sleeves, puffshoulders dan juga nipped waist.

Iklan

Selain menampilkan sisi helaian yang stylish, koleksi Hanis Zalikha X poplook juga menyediakan helaian minimalis untuk pakaian harian, seluar potongan lebar, gaun panjang dan blouse.

Jadi, apa lagi, jika anda seorang yang simple, busana sentuhan Hanis adalah pilihan terbaik.

Seperti kata Hanis: “Sekiranya anda memakai sesuatu yang anda selesa, anda pasti akan kelihatan cantik.”

Semua saiz wanita bermula XS hingga 4XL dan kanak-kanak satu hingga 12 tahun pun ada. #haniszalikhaxpoplook

 

About Lynn Mazlina

Biodata Penulis