KUMPULAN dUCk baru-baru ini melancarkan secara rasmi Alphabet dUCk (A hingga Z) iaitu koleksi tudung, beg, aksesori dan baju jumper terbaharu.

Koleksi itu antara lain mengajak orang ramai menyerlahkan nama masing-masing sesuai dengan tagline ‘Jadi Diri Anda Yang Sebenar’.

Sebanyak 26 fon telah direka bentuk secara unik untuk setiap huruf bagi setiap kategori produk.

Warna yang dipilih turut dipadankan dengan abjad bagi mencipta gaya pemakaian yang serba anggun.

Tudung Alphabet dUCk

-Setiap tudung jenis sutera satin membawakan loket bergantung dUCk charm, bunga-bunga kecil yang memagari kesemua 26 huruf.
-Boleh didapati dalam bentuk selendang dan bawal.
-Dimuatkan di dalam kotak simpan khas.

 

Alphabet dUCk Twilly

-Alphabet dUCk Twilly membawakan gaya cetak fon yang direka khas untuk setiap huruf.
-Boleh diikat pada tali beg sebagai hiasan, menggunakannya sebagai pengikat rambut atau sebagai aksesori hiasan diri.
-Ia boleh didapati dalam 26 huruf abjad dengan setiap twilly dihiasi loket bergantung dUCk charm.

 


Beg Beli-belah Alphabet dUCk

-Diperbuat daripada kanvas dan bahan campuran juco yang mesra alam. Beg ini sesuai untuk mengisi barang dan makanan yang anda beli untuk mengurangkan penggunaan beg sekali guna.
-Gayakan beg ‘abjad’ ke mana-mana sambil berbangga untuk membantu melindungi bumi kita!
-Lapik dalam kalis air.

 

Iklan

 

Rantai Kunci

-Alphabet dUCk Setiap huruf diperbuat daripada kulit buatan dengan reka coraknya yang tersendiri.
-Pengguna boleh menambah sentuhan peribadi kepada rantai kunci yang disertakan loket lambang dUCk dengan tag.
-Disertakan dengan loket bergantung dUCk charm emas juga dengan tag.

Iklan

Baju Jumper Alphabet dUCk

-Gaya santai dan menawan dengan potongan leher tinggi, ukur panjang tidak simetri dengan bahagian belakang lebih panjang.
-Menggunakan bahan jersi kapas bermutu tinggi.
-Koleksi Alphabet dUCk boleh didapati melalui fashionvalet.com, aplikasi FashionValet dan juga butik FashionValet dan dUCk terpilih.