PADA kala tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan, mungkin secara tidak langsung mengehadkan kita keluar untuk mendapatkan rawatan kecantikan di spa.

Pun begitu, jangan jadikan PKPB itu alasan yang menyebabkan korang terpaksa melupakan seketika aktiviti kecantikan.

Ingat ya, di kediaman peribadi juga wanita berpeluang memanjakan diri dengan mempraktikkan beberapa elemen utama. Cuma yang membezakan di spa tubuh badan dibelai kumpulan terapi, tetapi di rumah kita perlu melakukannya sendiri.

Bagaimana caranya untuk ‘mewujudkan’ spa di rumah? Adakah ia memerlukan dekorasi kayu konsep spa ala Bali? atau taburan variasi bunga di segenap ruang kamar?

Justeru, hari ini segmen Sihat Cantik berkongsi 4 tip menarik di dalam kamar mandian

Muzik mendamaikan

sihat cantik
– Pilih alunan muzik romantik dan balada dalam volume sederhana bagi menyuntik mood relaks. Selain itu, alunan bunyi air mengalir atau pukulan ombak menghempas pantai yang tenang juga antara pilihan ideal.

Taburan bunga
– Bagi mereka yang memiliki tab mandi di rumah, maka isikan ia menggunakan air suam. Kemudian, masukkan krim mandian mengikut jenis kulit dan bau kegemaran.

– Sebelum berendam, pastikan tab tersebut ditaburkan kelopak bunga yang berbau harum antaranya bunga ros, bunga melur atau bunga kenanga. Rutin mandi bunga itu dikatakan membantu mengalirkan tenaga positif dan menaikkan seri wajah.

sihat cantik

– Pun demikian, untuk wanita yang tidak mempunyai kemudahan tab mandi usah bimbang. Solusinya, kamu hanya perlu mengisi baldi dengan air suam, lalu campurkan perahan limau nipis bersama kelopak bunga atau titiskan aromaterapi bunga ros.

Iklan

Melulur
– Selesai aktiviti merendam atau mandi bersama kelopak bunga, lulurkan seluruh badan menggunakan skrab atau garam halus.

sihat cantik

– Proses tersebut adalah untuk menanggalkan sel kulit mati, kotoran dan daki yang melekat pada badan terutamanya pada bahagian lipatan sendi. Selepas itu, bilas menggunakan air bersih.

Losen badan
– Usai memanjakan diri di dalam kamar mandi sapukan pula seluruh badan losen yang mengikut kesesuaian kulit.

Iklan

– Sebaik-baiknya pilih losen mudah meresap bagi mengelakkan badan berminyak apabila berpeluh kerana ia akan menyebabkan ketidakselesaan.

sihat cantik

Bagaimanapun, bagi mendapatkan suasana spa sebenar di rumah korang juga boleh menyalakan lilin wangi termasuk memilih rangkaian produk berbau bunga ros atau lavender.