KEPADA pembaca SinarPlus yang sukar untuk tidur dan mengalami selesema dan batuk, apa kata mencuba inovasi baharu daripada Tanamera.
Jenama herba tempatan semula jadi negara itu baru-baru ini memperkenalkan Aromaterapi Roll On Tanamera yang merupakan campuran minyak pati yang ditambah minyak tumbuhan perahan sejuk yang boleh dioles pada kulit.
Terdapat dua rangkaian Aromaterapi Roll On Tanamera yang boleh dimiliki iaitu Tanamera Sleep Roll On dan Tanamera Sniffles Roll On.
Tanamera Sleep Roll On
-Membantu meningkat kualiti tidur dan menjadi lebih nyenyak, sekali gus mengurangkan simptom-simptom insomnia ringan dan kegelisahan.
-Ia mengandungi minyak Tanamera Sleep Oil iaitu adunan lima minyak pati bersifat terapeutik.
-Sebelum tidur, oleskan minyak ini ke ubun-ubun kepala, di antara kening, belakang telinga dan pada tengkuk untuk kesan terbaik.
-Anda juga boleh oleskan ke tapak tangan, gosok tapak tangan, tekapkan ke hidung dan tarik nafas sedalam-dalamnya.
-Selain lavender, pengguna boleh memilih aroma kayu pokok cedarm frankincense, marjoram dan minyak pati neroli.
Tanamera Sniffles Roll On
-Terdiri daripada adunan kompleks dengan 11 minyak pati yang dapat meredakan batuk, selsema, ketidakselesaan hidung dan dada dan bersin berterusan.
-Ucapkan selamat jalan kepada hidung tersumbat, hidung berair, bersin tanpa henti dan rembesan rongga hidung!
-Untuk keredaan cepat, oleskan pada dada, dahi, ubun-ubun, pergelangan tangan, tapak tangan, tapak kaki dan titik-titik tekanan lain dan hidu aromanya secara mendalam.
-Selain pudina, aroma lain yang ditawarkan adalah seperti minyak pati oregano, thyme, rosmary, minyak pokok teh dan lain-lain.
Untuk keterangan lanjut, layari www.tanamera.com.my.
Sumber foto Unsplash