PEMAKANAN dan amalan diet seimbang perlu dipraktiskan bagi mendapatkan berat badan yang ideal.

Namun, bagi individu yang baru berjinak-jinak mengawal pemakanan, pasti perkara itu agak sukar dilakukan.

Jangan risau, terdapat empat langkah yang boleh diamalkan bagi membantu menurunkan berat badan secara sihat.

 

Baca juga: Minyak zaitun dapat kurangkan risiko kematian akibat penyakit kronik berikut manfaat lain penggunaan

Baca juga: Ketahui 3 minuman yang mampu meroket kadar kolesterol dalam badan

 

Memetik laporan CNN Indonesia, pengambilan makanan yang tinggi nutrisi dapat membantu mengekalkan tenaga dalam badan, sekali gus mengelakkan daripada rasa lapar.

Selain itu, laman web antarabangsa itu turut mengetengahkan tip lain yang boleh diimplemkan. Antaranya:

1. Pengambilan protein

Pastikan pengambilan sarapan pada setiap pagi. Kandungan protein dalam menu dapat membantu membekalkan tenaga dan menurunkan kadar hormon lapar.

Oleh itu, pada waktu makan seterusnya korang akan berasa tidak terlalu lapar.

2. Serat

Makanan yang memiliki kandungan serat yang tinggi bukan sahaja dapat membantu melancarkan proses pencernaan, tetapi turut mempengaruhi horman kenyang.

Mengelakkan daripada rasa lapar, pemilihan makanan seperti buah-buahan, sayuran, kekacang dan biji-bijian sangat membantu untuk diet seimbang.

3. Kurang gula

Siapa tidak sukakan manisan atau makanan manis. Namun, perkara itu perlu dihindari atau dikurangkan sekiranya ingin menurunkan berat badan.

Ini kerana gula termasuk dalam kategori makanan berkalori tanpa nutrisi. Meskipun dapat memberikan tenaga segera, tetapi tenaga tersebut juga akan mudah hilang dengan segera.

4. Air putih

Bagi mengelakkan diri daripada mengambil hidangan dalam kandungan yang banyak, korang disarankan untuk minum segelas air putih sebelum makanan.

Cara sebegitu akan membuatkan diri seseorang rasa cepat kenyang dan tidak terlalu lapar setelah makan.

Secara ringkasnya, amalan diet seimbang perlu selari dengan aktiviti olahraga. Disarankan agar perkara tersebut dilakukan sekitar tiga kali seminggu selama 30 hingga 40 minit untuk satu sesi.

Jangan lupa untuk makan secara perlahan dan tidak gopoh.

Satu lagi, SinarPlus nak pesan, jauhi amalan makan sambil menonton televisyen, bermain telefon pintar atau melakukan hal lain yang boleh mengganggu tumpuan ketika makan.

Sementara, laman web kesihatan, Hello Doktor menyediakan panduan 8 jenis makanan yang membantu kita boleh kurus.

1) Telur

Telur adalah makanan untuk diet yang popular, terutamanya sewaktu sarapan pagi, yang bantu mengurangkan berat badan.

Iklan

2) Oatmeal

Oatmeal menyediakan lebih banyak protein, serat, dan kurang gula berbanding bijirin.

3) Sayuran hijau

Sayur-sayuran hijau seperti kale, bayam, collard dan swiss chards mempunyai rendah kalori dan karbohidrat serta sarat dengan serat yang baik untuk menurunkan berat badan.

4) Sup

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa makan makanan bersup boleh membuatkan seseorang rasa lebih kenyang dan mengambil kalori yang jauh lebih rendah.

5) Kekacang

Dalam satu kajian populasi menunjukkan bahawa orang yang makan kacang cenderung lebih sihat dan lebih kurus berbanding mereka yang tidak memakannya. Hanya pastikan anda tidak makan berlebihan!

Iklan

6) Buah-buahan

Walaupun buah mengandungi gula semula jadi, ia mempunyai ketumpatan tenaga yang rendah. Selain itu, kandungan seratnya membantu menghalang gula daripada dikeluarkan terlalu cepat ke dalam aliran darah.

7) Yogurt

Yogurt adalah makanan tenusu yang sangat baik. Sesetengah jenis yogurt mengandungi bakteria probiotik yang dapat meningkatkan fungsi usus anda.

8) Salmon

Ikan berlemak seperti salmon sangat sihat dan menjadikan kita kenyang selama beberapa jam dengan sedikit kalori. Salmon mengandungi protein berkualiti tinggi, lemak sihat dan pelbagai nutrien penting.

Dengan semua panduan dan nasihat yang diketengahkan, diharapkan anda tidak mengikat perut dan ‘menyeksa diri’ semata-mata mahu kurus ya!

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram