AIDILFITRI hanya tinggal beberapa hari lagi. Semestinya kaum Hawa mahu kelihatan elegan dengan olesan mekap yang memukau.

Justeru, apa kata anda mencuba label terkenal, Sephora yang berkolaboratif dengan rumah fesyen terkenal Amerika Syarikat, Coach dalam koleksi solekan terbaharu dan lebih sensasi.

Setiap tujuh koleksi Coach x Sephora edisi terhad itu mempunyai elemen reka bentuk eksklusif.

Selain menampilkan palet warna yang menawan, kemasan berkilauan yang diterapkan mampu menarik perhatian wanita yang mementingkan gaya dan ketrampilan.

Naib Presiden dan Pengurus Besar Koleksi Sephora Amerika Utara, Brooke Banwar berkata, koleksi Sephora x Coach bukan sahaja melancarkan produk kecantikan yang berpatutan dan inklusif, malah memberi inspirasi kepada para pelanggan untuk menyerlahkan sisi keyakinan diri.

Berikut perincian ringkas Sephora x Coach:

REXY Eyeshadow Palette: Palet pembayang mata ini mengandungi campuran emas matte yang sempurna, berkilau dan lembut.

REXY Eyeshadow Palette: Palet ini mengandungi campuran matte dan warna berkilauan.

Uni Face Palette: Warna lembut, matte dan kilauan romantis daripada palet ini akan menyerlahkan penampilan anda ke tahap seterusnya.

Tea Rose Brush Set: Setiap berus direka khas dengan pemegang glitter dan bulu sintetik vegan.

Iklan

Tea Rose Lip Gloss Set: Warna yang bersinar pada bibir dan tidak melekit.

Iklan

Tea Rose Eye Masks: Topeng mata ini diperkaya dengan ekstrak timun dan minyak mawar menyuntik rasa ‘tenang’ sekitar mata dengan sentuhan segar.

Tea Rose Nail Set: Set kuku ini merangkumi cat kuku berwarna merah jambu yang cantik.

Koleksi edisi terhad tersebut boleh didapati di Sephora, sephora.com dan aplikasi Sephora.