AHC, jenama penjagaan kulit nombor satu Korea, memperkenalkan Luminous Glow Eye Cream for Face di Malaysia baru-baru ini.

Produk baharu itu dikatakan mampu memberi kesan rejuvenasi dan menawarkan rawatan pencerahan kulit premium menerusi krim pencerah 2 dalam 1 bagi mata dan wajah.

Bukan cakap sembarangan, ia terbukti secara klinikal dapat mencerahkan kulit dan mengurangkan kedutan dalam 14 hari. Menariknya lagi, Luminous Glow Eye Cream for Face dibangunkan khusus untuk wanita Asia Tenggara.

Luminous Glow Eye Cream for Face itu juga memberi kesan pencerahan dan antipenuaan.

Selain itu kata Pengurus Pemasaran AHC SEAA, Stephanie Ko, inovasi baharu itu mampu mengatasi lebih lapan masalah kulit dalam satu langkah mudah.

Luminous Glow Eye Cream for Face mengandungi sejenis bahan baharu yang eksklusif daripada AHC iaitu Gluta-I Complex, gabungan bahan yang unik dan khusus yang menawarkan manfaat kulit berseri dan antipenuaan,” katanya sambil memberitahu produk berkenaan diuji secara dermatologi dan selamat untuk semua jenis kulit.

 

Bahan-bahan tersebut adalah seperti:

Glutathione: Kaya dengan antioksidan dan alpha-bisabolol yang melegakan kulit.

Derivatif vitamin C & asid hialuronik:  Mencerahkan kulit.

Adenosin: Merangsang penghasilkan kolagen bagi memperoleh keputusan yang terbukti secara klinikal dalam 2 minggu.

 

“Dalam setiap titis Luminous Glow Eye Cream for Face adalah campuran bahan inovatif yang digunakan oleh pakar estetik.

“Kita semua tahu betapa berkesan rawatan daripada seorang pakar estetik, bukan sahaja dapat memperbaiki keadaan kulit tetapi juga meningkatkan keyakinan sekali gus membuatkan anda berasa gembira dan optimistik.

“Kami ingin pelanggan kami menikmati rutin penjagaan kulit mereka supaya mereka berasa senang hati dengan kulit yang sihat seterusnya menyumbang kepada sikap lebih positif terhadap kehidupan,” katanya.

Bagi mencipta pengalaman multisaluran yang mengujakan, jenama tersebut turut memperkenalkan permainan Realiti Berperantara pertamanya, Pop & Turn Up Your Glow.

Sejajar dengan anjuran kempen Turn Up Your Glow menerusi kerjasama dengan Watsons, pelanggan dapat menikmati permainan ini di kedai Watsons atau di rumah sendiri dengan mengimbas kod QR pada peranti mudah alih mereka.

Iklan

Setelah memberikan akses kepada kamera, skrin peranti anda akan dipenuhi dengan gelembung yang mengandungi Gluta-I™ Complex. Pecahkan gelembung-gelembung ini untuk menampilkan kulit yang muda dan cerah serta berpeluang memenangi potongan harga bagi produk AHC di Watsons.

 

Bersempena dengan pelancaran produk baharu, AHC telah melantik bintang Korea Selatan yang sedang melonjak naik, Cho Hye-Joo sebagai duta jenama terbaharu.

“Kami sangat tertarik kepada Cho Hye-Joo kerana beliau sangat positif, berkeyakinan tinggi dan berbangga dengan siapa dirinya. Jadi, beliau adalah duta yang paling sesuai untuk menzahirkan kecantikan serta peranan produk kami dalam membantu wanita berasa terbaik,” tambah Stephanie.

Rangkaian Hyaluronic Dewy dipertingkatkan

Iklan

 Sempena pelancaran ini, AHC turut mengumumkan formula baharu yang ditingkatkan bagi salah satu rangkaian terlaris, Hyaluronic Dewy Radiance.

Rangkaian tersebut kini menawarkan formula produk yang dipertingkatkan termasuk pembersih, toner dan emulsi yang memberikan penghidratan jangka panjang kepada kulit serta terbukti secara klinikal dapat meningkatkan ketelusan kulit selepas dua minggu.

AHC Hyaluronic Dewy Radiance juga sesuai walau untuk kulit sensitif, membantu melembapkan dan mengandungi formula yang telah dipertingkatkan bagi menjamin kualiti dan keberkesanan.

Luminous Glow Eye Cream for Face didatangkan dalam dua saiz iaitu 30ml dan 12ml yang masing-masing berharga RM99 dan  RM42.

AHC Hyaluronic Dewy Radiance Cleansing Foam pula 150ml, AHC Hyaluronic Dewy Radiance Toner 100ml  dan AHC Hyaluronic Dewy Radiance Emulsion 100ml.

Pembaca SinarPlus boleh membeli mana-mana produk ini secara berasingan di Watsons, SASA (secara luar talian dan dalam talian) termasuk kedai rasmi AHC di Lazada, Shopee, Zalora dan Hermo.

Untuk maklumat lanjut mengenai AHC, layari https://my.ahcbeauty.com/, Facebook (www.facebook.com/AHCBeautyMY).