UNIQLO x Hana Tajima kembali dengan seleksi lebih ‘mengancam’ dan stailo sempena musim luruh/sejuk kali ini.

Pastinya ia membuatkan ramai peminat jenama itu terutamanya para Muslimah teruja.

Sebenarnya, tidak terhad kepada Muslimah sahaja kerana busana yang dihasilkan boleh digayakan oleh sesiapa pun. Tiada masalah!

Rangkaian terbaharu itu kata pengasasnya, Hana Tajima adalah koleksi LifeWear yang unik sekali gus mencerminkan kepelbagaian budaya dari perspektif global.

“Tema untuk musim ini adalah An Environment for the Body. Ia direka bentuk untuk memastikan pemakainya selesa, elegan selain menampilkan tekstil yang lembut dan rekaan bersiluet yang nyaman.

“Koleksi terbaharu ini juga sesuai untuk dipakai dalam kehidupan seharian,” katanya.

Berikut adalah antara rekaan terbaharu pereka fesyen kelahiran United Kingdom itu:

Kepada yang gemar warna terang, apa kata anda memilih helaian seperti ini:

Iklan

Anda juga boleh suai padankan koleksi-koleksi tertentu dengan gaya cita rasa anda sendiri:

Iklan

Apa lagi, kepada peminat setia Uniqlo, seleksi terbaharu ini memang tidak boleh dilepaskan!

Sumber dan foto UNIQLO