PEMILIHAN makanan seimbang sudah diamalkan. Bersenam 20 minit setiap hari pun dilakukan secara konsisten. Namun, mengapa berat badan sukar untuk turun? Malah semakin naik.

Mungkin segelintir individu pernah ataupun sedang mengalami situasi sedemikian. Bermacam-macam rutin diet dan senaman cuba dipraktikkan tetapi hasilnya masih mengecewakan. Mengapa?

Cuba kenal pasti waktu tidur kita pada sebelah malam. Adakah ia mencukupi atau sekadar tidur-tidur ayam kerana fikiran masih memikirkan pelbagai perkara.

Tahukah korang, tidur yang tidak cukup adalah antara punca utama berlakunya peningkatan berat badan.

sihat cantik

Dalam satu kajian yang melibatkan 16 000 responden, pengkaji telah memantau mereka selama 16 tahun. Justeru, berat badan, pemakanan dan gaya hidup masing-masing direkodkan.

Artikel berkaitanTip penjagaan wajah: Elak 5 makanan ini supaya tidur tak terganggu

Hasil kajian membuktikan, individu yang kurang tidur lima jam atau kurang mengalami penambahan berat badan jumlahnya lebih ramai berbanding kelompok yang tidur dalam tempoh tujuh jam.

Iklan

Individu berjaga malam mengambil lebih banyak kalori dan kebanyakan masa digunakan untuk mengunyap makanan. Keesokan harinya, tubuh terlalu letih dan mengantuk bagi melakukan aktiviti lain seperti bersenam.

sihat cantik
INDIVIDU yang berjaga malam lebih cenderung menghabis masa mengunyah makanan hingga keletihan pada esok hari.

Hal ini juga mengakibatkan gangguan pelbagai hormon. Hormon yang mengawal selera makan menjadi tidak terkawal dan hormon insulin menjadi kurang sensitif.

Jangan sangka tidur berlebihan sahaja boleh menyebabkan kegemukan, kurang tidur mengundang pada masalah sama.

Iklan

Sehubungan itu, selain pemakanan, senaman dan gaya hidup sihat pastikan tubuh badan mendapatkan rehat dan tidur mencukupi.

Sumber: Public Health Malaysia dan everydayhealth.com