TIDAK dinafikan kejelitaan wajah, tubuh langsing dan rambut panjang mengurai dimiliki kumpulan selebriti Bollywood sering menjadi perhatian dan ikutan para wanita.

Mungkin ada menyifatkan kecantikan tersebut diperoleh hasil rawatan moden dilakukan, walhal persepsi sedemikian adalah kurang tepat.

Ini disebabkan, segelintir artis Bollywood masih mempraktikkan amalan kecantikan khususnya penjagaan wajah secara natural.

Jom ikuti perkongsian lanjut segmen Sihat Cantik hari ini. Antaranya ialah:

Kareena Kapoor

kareena kapoor
KAREENA (kiri) kini sarat hamil anak kedua hasil perkahwinannya bersama pelakon kacak, Saif Ali Khan.

Pelakon yang sedang sarat hamil anak kedua itu menyatakan antara tip diamalkan bagi mendapatkan kulit wajah kekal mulus dan lembap adalah memperbanyakkan pengambilan air putih.

Selain itu, jika tidak sibuk dengan aktiviti penggambaran atau sesi fotografi, isteri kepada Saif Ali Khan tersebut lebih selesa membiarkan wajahnya bebas tanpa olesan solekan.

Jika perlu bersolek pun Kareena hanya membawa maskara, krim pelindung sinaran UV, gincu nuansa lembut, krim asas dan bedak asas.

Artikel berkaitan: Kareena Kapoor hamil anak kedua

Alia Bhatt

alia bhatt
Pelakon muda berusia 27 tahun tersebut mengekalkan kecantikan dan kelembapan kulit wajah dengan mengamalkan rutin memakai topeng muka secara konsisten.

Anak kelahiran Mumbai itu lebih selesa memilih topeng muka berasaskan bahan semula jadi seperti daun semambu atau nama saintifiknya, Azadirachta Indica dan daun tulsi.

Dua jenis daun tersebut bukan sahaja membantu mengurangkan masalah berminyak, bahkan mengatasi kulit wajah berjerawat.

Artikel berkaitan: 3 amalan Kajol untuk cantik, langsing

Sonam K Ahuja

Iklan

sonam Seperti yang kita sedia maklum pengambilan air putih kira-kira lapan gelas sehari memberi manfaat pada tubuh badan dan wajah.

Menyedari hakikat itu, selebriti dan fashionista popular, Sonam menjadikan rutin harian minum air suam yang dicampur bersama satu sudu madu dan titisan limau kasturi setiap pagi.

Deepika Padukone

deepikaAishwarya Rai

Iklan

aishwarya rai
Ratu Cantik India 1994, Ashwarya Rai menjaga kulit wajah dengan mengoles pupur diperbuat daripada ramuan natural. Ibu kepada seorang cahaya mata itu mencampurkan tepung gandum, susu segar dan kunyit.

Menurutnya, cara berkenaan bukan sekadar melembutkan, bahkan membantu mencerahkan kulit wajah yang terbakar dek sinaran ultra violet (UV).

Sumber: indiatimes.com dan  Instagram selebriti