BERSAMA 
Penyanyi ahli kumpulan De FAM, pelakon
Cik Manggis

SOALAN
MANGGIS memiliki tubuh badan yang kecil. Namun begitu, apabila singgah ke laman sosial Instagram peribadi, saya melihat kebanyakan stail Manggis dalam persalinan koleksi baju-T oversize (longgar).

Baik ketika bersantai ataupun memenuhi undangan program di televisyen, Manggis kelihatan kasual dengan konsep pakaian sedemikian. Mengapa baju-T potongan longgar menjadi pilihan berbanding dres labuh atau blaus?

Selain itu, apakah yang Manggis amalkan bagi mendapatkan kulit wajah sihat dan boleh kongsikan manfaat menari untuk fizikal dan minda?
-Peminat Cik Manggis, Ampang, Selangor

JAWAPAN:

cik manggis
CORAK pemakaian tersebut menjadi pilihan sejak zaman remaja hingga hari ini kerana saya gemarkan konsep bebas.

Lagipun Manggis selesa menyarungkan baju-T potongan longgar dan besar kerana ia membantu menutup bahagian badan tertentu daripada dilihat orang sekeliling.

Paling utama, pada bahagian perut tidak kelihatan sendat selepas kita menikmati hidangan yang banyak.

Maklumlah, saya pencinta makanan dan tidak mengamalkan diet ketat. Cuma saya wajib minum air putih termasuk mengambil sarapan dan makan tengah hari.

Disebabkan terlalu obses menggayakan baju-T potongan longgar, tidak keterlaluan saya berkongsi tiga perempat di dalam gerobok peribadi saya merupakan koleksi item fesyen berkenaan.

Selain polos, saya juga memiliki baju-T oversize variasi warna, tekstur dan corak yang lazimnya dipadankan bersama seluar jean ataupun sukan.

cik manggisPada masa sama, baju tersebut tidak membataskan pergerakan saya khususnya ketika menghasilkan video tarian atau mengajar menari di Studio 2twenty2 di Sentul, Kuala Lumpur.

Berbicara mengenai aktiviti menari, sama seperti aktiviti kecerdasan lain, tarian turut menawarkan pelbagai manfaat tersendiri baik untuk golongan wanita, lelaki mahupun kelompok kanak-kanak.

Jika dihuraikan, kita boleh memperoleh bermacam-macam manfaat apabila mengamalkan aktiviti tersebut secara konsisten dan rutin yang betul. Satu daripadanya membantu menyihatkan tubuh badan untuk kekal bertenaga.

Iklan
cik manggis
BICARA Manggis, selain menari dikelilingi insan yang memiliki aura positif juga membantu menyihatkan badan dan mental.

Menari juga membantu mengembangkan otak. Ia bukan sahaja melatih teknik menghafal langkah tarian dengan cepat dan tepat, malah mendorong mempraktikkan rutin berkenaan dalam tempoh masa yang sama.

Kadang-kadang apabila belajar menari, seseorang individu mempunyai masa sejam sahaja untuk berlatih, menghafal dan menterjemahkan langkah satu persatu.

Oles krim malam
Manggis memiliki kulit wajah jenis kombinasi dan kering. Justeru, bagi mengekalkan kelembapan sepanjang hari, maka rutin penjagaan memainkan peranan utama.

Saya amat menitikberatkan rejim kecantikan bukan semata-mata untuk tampak cantik, tetapi sasarannya memastikan kondisi kulit wajah sentiasa sihat.

Bagaimana caranya? Mudah sahaja dengan mengaplikasikan produk wajah mengikut turutan disarankan.

Iklan

Misalnya, sebelum tidur atau selepas melakukan apa sahaja aktiviti di luar rumah, Manggis akan memastikan kulit wajah dibersihkan menggunakan krim pencuci dan air bersih.

manggis
MANGGIS menyifatkan olesan krim malam berfungsi memastikan kulit wajah kekal hidrasi, sihat dan anjal keesokan harinya.

Kemudian, diikuti dengan menyapu toner (penyegar), serum dan krim mata. Selepas itu, disusuli pula krim pelembap siang dan krim pelindung cahaya matahari. Inisiatif tersebut bertujuan mengelakkan kulit terbakar, pigmentasi dan jerawat.

Pada sebelah malam pula, saya akan memastikan kulit wajah dioles krim malam supaya ia kekal hidrasi, sihat dan anjal keesokan harinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)