MASIH ingat lagi penyanyi, Ana Raffali? Artis wanita bertahi lalat tepi mata kanan yang sentiasa menyarungkan busana tradisional dan ditemani gitar apabila membuat persembahan nyanyian.

Baru-baru ini menerusi laman sosial Instagram, @anaraffali, pelantun lagu Tolong Ingatkan Aku itu berkongsi mengenai pengalamannya mengatasi masalah kulit wajah.

Menurut selebriti berusia 36 tahun tersebut beliau bingung memikirkan jawapan mengenai kondisi kulit wajahnya yang bertambah teruk dek kekerapan bersenam.

senaman“Bersenam dapat bantu lancarkan fungsi organ dalam badan, mengurangkan tekanan dan mengawal berat badan. Tapi, kenapa lagi kerap saya bersenam, lagi teruk kulit wajah saya?

“Alhamdulillah, saya dah dapat jawapan dan jalan penyelesaiannya. Dalam video pendek ini saya menerangkan apa yang berlaku dan cara mengatasi masalah jerawat akibat bersenam,” tulisnya.

Tambah Ana, kulit wajahnya bukan sahaja berminyak, malah mengalami masalah jerawat besar sehingga menyebabkan beliau berputus asa dan enggan bersenam lagi.

Selepas berhenti bersenam beliau turut mencuba pelbagai produk, tetapi hasilnya tetap mengecewakan.

jerawat
PADA fasa awal, Ana mencari jawapan mengapa kekerapan bersenam boleh menyebabkan masalah jerawat. Gambar hiasan

Pun begitu, selepas dipertemukan dengan satu serum keluaran produk jenama popular, Ana menarik nafas lega apabila masalah kulit wajah yang membelenggu dirinya dapat diatasi.

Iklan

Bahkan, beliau juga diberi pendedahan punca berlakunya masalah jerawat gara-gara terlalu aktif bersenam.

ana raffali
AWAL kemunculan dalam dunia seni, Ana dikenali dengan identiti berbaju kurung dan gitar.

“Sebelum ini apabila saya kuat bersenam dan berpeluh pori terbuka lalu memudahkan sel-sel mati untuk berkumpul pada permukaan kulit wajah dan dalam pori.

Iklan

“Sel-sel mati itu bercampur dengan minyak yang terperangkap menjadikan pori tersumbat sehingga membentuk bintik hitam atau putih dikenali sebagai jerawat.

ana raffali“Jadi serum tersebut membantu mengawal rembesan minyak dan seterusnya mengurangkan pori tersumbat dan penghasilan jerawat. Kandungan vitamin E di dalamnya pula turut membantu mengurangkan parut jerawat,” jelasnya yang teruja apabila kulit wajah kini tampak sihat dan segar meskipun tanpa calitan bedak asas.

ana raffali