(VIDEO) Sherry Alhahad kongsi tip kecut jerawat

sherry
December 2, 2020
Oleh Izyan Liyana

SEPERTI yang kita sedia maklum pengacara dan pelakon, Sherry Alhad sedang menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah.

Tindakan itu dilakukan susulan rakan artisnya, Alif Satar disahkan positif Covid 19.

Bagaimanapun, pengacara Muzik- Muzik itu mengesahkan dirinya negatif hasil keputusan ujian saringan pertama, tetapi akan melakukan ujian kali kedua pada hari ke-10 atau ke-12 dalam tempoh kuarantin.

Artikel berkaitan: Rakan artis buat ujian saringan, Alif Satar mohon maaf

Menariknya meskipun 'berkurung' di kediaman peribadi, Sherry sempat berkongsi tip mudah caranya merawat jerawat dengan memakai masker yang dihasilkan sendiri.

sherry alhadad

"Saya cuba lakukan masker kunyit semasa tempoh kuarantin. Kecut jugalah jerawat hanya menggunakan kunyit,madu, yogurt asli dan sikit perahan lemon (tak nak lemon pun boleh).

"Kemudian, lumur masker pada muka. Biarkan dalam 15 minit sebelum dicuci dengan bersih," katanya menerusi posting video yang dimuat naik dalam laman sosial Instagramnya @sherry_alhadad baru-baru ini.

Tambah beliau, sekiranya wajah berwarna sedikit kekuningaan selepas melakukan rutin berkenaan, jangan bimbang.

Iklan

"Ambil cotton pad dan titiskan toner di atasnya, lalu bersihkan muka sehingga warna tersebut hilang.

"Lakukan masker ini tiga kali seminggu. Siapa pernah try? Cuba kongsi pengalaman," ujarnya lagi.

Masker DIY cara Sherry
Bahan-bahan:
- Madu
- Yogurt asli
- Perahan lemon
- Serbuk kunyit

Iklan

kunyit

Cara penyediaan:
1- Masukkan satu sudu madu di dalam bekas kecil.
2- Kemudian, masukkan yogurt asli bukan yang berperisa seperti strawberi.
3- Selepas itu perahan lemon secukup rasa dan serbuk kunyit.
4- Gaulkan bahan-bahan tersebut lalu disapu rata pada wajah.
5- Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci menggunakan air bersih.

Selamat mencuba!

Artikel berkaitanWanita plus size pun boleh bergaya baju bercorak, tiru fesyen Sherry Alhadad

 

Sumber: Instagram @sherry_alhadad