KEBANYAKAN individu yang mengimpikan kulit wajah cantik dan gebu dalam masa singkat sanggup mencari produk mengandungi tiga bahan dikategorikan merbahaya.

Ia terdiri daripada Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone.

Perkara tersebut diakui oleh Influencer dan ahli farmasi, Siti Hawa Mohd Nor atau lebih popular dengan nama Siti Awe. Menerusi laman sosial Instagramnya, @sitiawe beliau mendedahkan tiga bahan terbabit.

SITI AWE
SITI AWE menegaskan penggunaan tiga bahan bahaya berkenaan dalam produk kecantikan boleh merosakkan kulit wajah.

Menurut beliau bahan-bahan yang digunakan dalam set penjagaan muka tersebut bukan sahaja menjejaskan kondisi kulit wajah.

Pada masa sama, bahan terbabit boleh menyebabkan bayi di dalam kandungan mengalami kecacatan.

Hal sama turut dinyatakan menerusi portal kesihatan marchofdime.com. Dimaklumkan, penggunaan Tretinoin misalnya, berisiko menyebabkan wanita hamil keguguran, melahirkan bayi pramatang dan kesihatan serta perkembangan bayi akan terjejas selepas dilahirkan.

Ini termasuklah berlakunya masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah klef pada bahagian mulut.

Tiga bahan perlu dielakkan:

1- Hydroquinone
Bahan terbabit boleh menyebabkan kulit wajah merah dan hipersensitif. Pada masa sama, depigmentation akan mengurangkan perlindungan kulit pada sinaran ultra violet (UV) dan meningkatkan risiko kanser kulit.

Iklan

2- Tretinoin

bayi
Penggunaan bahan berkenaan akan menyebabkan berlakunya pedih dan iritasi, pengelupasan serta hipersensitif. Paling memudaratkan Tretinoin juga boleh mengundang kecacatan pada bayi dalam kandungan.

3- Betamethasone
Ia adalah sejenis steroid untuk penyakit kulit. Apabila menggunakan steroid pada muka, maka kulit wajah akan menipis. Selain itu, Betamethasone mudah masuk dalam salur darah lalu merosakkan organ dalaman.

Iklan

Oleh itu, saranan Siti Awe bagi mengelakkan kulit wajah dan organ dalaman rosak seperti kegagalan buah pinggang, maka elak menggunakan produk mengandungi tiga bahan terbabit.

 

Sumber: @sitiawe, Canva dan Unsplash