BIARPUN sibuk mengendalikan bisnes jus kesihatan dan menguruskan rumah tangga, selebriti kelahiran Palembang, Indonesia, Tya Arifin sentiasa menitikberatkan aspek penjagaan dan penampilan diri.

Bayangkan, daripada proses mengandung, melahirkan dan berpantang ibu kepada Arif Jiwa Asyraf Khalid dan Azzahra itu kekal cantik dan bertenaga. Tambahan pula, beliau tampak semakin manis apabila mengambil keputusan berhijab.

Jadi berikutan itu, Tya atau nama sebenarnya Nutria Wulandari kerap menerima permintaan daripada para pengikutnya supaya berkongsi tip perihal kesihatan dan kecantikan yang diamalkan.

Salah satunya, menantu kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tersebut berkongsi tip kuruskan badan selepas bersalin menerusi laman sosial Instagram @kitaibuhebat.

tya arifin
TYA yang bernikah bersama Asyraf pada enam tahun lalu masih kekal langsing, cantik dan sihat meskipun sudah melahirkan dua cahaya mata.

Artikel berkaitan: Busana pastel: Jovian, Ezuwan anggun bergaya dengan pasangan, Tya & Nad tampak cute je

Menurut Tya, lazimnya apabila berat badan naik secara automatik wanita akan akan berasa kurang keyakinan diri. Rasa malu keluar rumah dan bertemu orang ramai membelenggu diri.

“#IbuHebat jangan khuatir. Setiap permasalahan ada cara penyelesaiannya.

“Di sini Tya akan share tip amalan peribadi kerana saya sendiri pernah gemuk. Mungkin tip ini boleh membantu kalian ya,” katanya yang berkongsi empat tip mudah.

1) Kurangkan manis

kek manis diet
Buat kalian yang sukakan makanan manis seperti snek, coklat dan biskut, sila minta berhenti menikmatinya. Jangan ambil makanan dan minuman manis.

Mereka yang terbiasa minum minuman ringan sebaik-baiknya tinggalkan terus tabiat tersebut sekiranya ingin kurus.

Sebaik-baiknya disarankan minum air putih, jus buah, air lemon atau lemon bercampur madu (honey lemon). Seperti Tya, saya amalkan air honey lemon kerana rasanya manis masam yang natural.

2) Kurangkan karbohidrat

roti
Apa itu karbohidrat? Ia adalah makanan yang terdiri daripada nasi, roti, pizza dan pasta. Maka, tukat pengambilan nasi putih kepada beras perang.

Iklan

Ini disebabkan beras perang yang mengandungi banyak serat mudah dicerna, sekali gus membantu mengurangkan berat badan.

Selain itu, #IbuHebat yang ingin cepat kurus boleh gantikan karbo lebih bagus seperti jagung dan kentang. Cuba lakukannya secara berperingkat ya.

3) Makan sayur

sayur
Seterusnya, gantikan nasi dengan memperbanyakkan sayur mengandungi serat tinggi dan serat pemakanan yang membantu menyerap toksin, sekali gus melancarkan pencernaan.

4) Bersenam

Iklan

bersenam
Seterusnya, amalkan dengan senaman ringan. Tidak perlu ke pusat gimnasium. Wanita boleh mulai dengan jogging, jalan di sekeliling rumah.

Lakukan aktiviti jogging sekali sehari atau tiga kali dalam seminggu. Jika pemakanan juga dijaga dan disusuli dengan bersenam pasti ia membuahkan hasil.

“Tya berharap tip dikongsikan memberi manfaat buat semua golongan ini yang mengalami masalah berat badan selepas bersalin.

“Saya faham apabila hilang keyakinan diri, kita akan berasa diri tidak cantik. Jadi kita hanya perlu konsisten ya selama dua minggu,” saran Tya yang mendirikan rumah tangga bersama Asyraf Khalid
pada 1 November 2015.

Artikel berkaitanDi sebalik Covid-19: Tya Arifin praktik 7 perkara positif ini

Sumber: @tyaarifinnw dan @kitaibuhebat