PEMILIHAN makanan pada waktu sahur penting bagi memastikan kita kekal bertenaga sepanjang tempoh sehari berpuasa.

Memetik laman web Popsugar.com,  Pakar Dietetik dan Nutrisi, Sana Motlekar menyifatkan pemilihan jenis makanan secara tidak langsung dapat mengekalkan stamina untuk melakukan aktiviti harian.

Kata Motlekar, pemilihan makanan pada waktu sahur akan menentukan ‘hala tuju’ sepanjang berpuasa.

“Anda perlu memilih makanan yang dapat mengenyang dan memuaskan, tetapi cuba elakkan pengambilan makanan proses yang akan menyebabkan anda cepat lapar dan dahaga,” jelasnya dalam laman web antarabangsa itu.

Berikut SinarPlus cadangkan menu yang disarankan untuk diambil pada waktu sahur. Jom follow:

1. Makanan kaya dengan protein, karbohidrat kompleks dan lemak sihat.

  • Setiap makanan yang kaya dengan makronutrien dapat memberikan tenaga sekiranya menggabungkannya dalam satu pengambilan makanan.
  • Makanan tersebut turut dapat seimbangkan tahap gula dalam darah selain mampu memberikan tenaga.
  • Makan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 gram protein mampu menguatkan kekuatan otot.
  • Ambil makanan karbohidrat seperti bijirin oat dan kepingan jagung serta roti gandum, sayuran termasuk buah-buahan yang tinggi potasium seperti pisang, honeydew dan rockmelon.


2. 2 biji telur dadar bersama sayur-sayuran dan roti tortila.

  • Makanan seperti kacang fava yang dimasak bersama bawang dan tomato memiliki kandungan fiber yang tinggi sehingga menyamai kandungan protein.
  • Bagi menambahkan sedikit perasa, campurkan bersama beberapa rempah seperti serbuk lada hitam, sos tomato atau cili serta serbuk jintan putih.
  • Makan bijirin oat bersama dengan yogurt atau susu merupakan sumber ketahanan tenaga badan yang baik.

3. Puding bijirin chia.

  • Ambil greek yogurt, buah-buahan dan biji chia atau kekacang merupakan pilihan bijak untuk menggantikan snek bagi yang gemar berjaga malam berbanding pengambilan makanan ringan.


4. Elakkan makanan masin.

Iklan
  • Pengambilan makanan masin menyebabkan kita mudah berasa dahaga ketika berpuasa.
  • Cuba elakkan makan makanan yang diproses seperti roti putih, pastri yang tinggi dengan kandungan gula kerana ia akan menyebabkan peningkatan gula dalam darah dan kita kurang bertenaga sepanjang hari.

5. Makan secara perlahan.

  • Tidak mengira sebarang menu yang dipilih, kita perlu makan secara perlahan termasuk mengunyah makanan dengan baik.
  • Cara begini secara tidak langsung melancarkan proses pencernaan dan kita akan berasa kenyang biarpun seharian berpuasa.

6. Kandungan air yang cukup.

  • Badan kita memerlukan kandungan cecair dalam badan secukupnya. Dianggarkan seorang lelaki dewasa memerlukan sekitar 2.6 liter sehari, manakala wanita sebanyak 2.1 liter sehari.
  • Disarankan untuk ambil minuman air putih ketika berbuka dan bersahur.
  • Sebaiknya elak mengambil minuman manis kerana kandungan gula akan menyebabkan kita mudah berasa dahaga.

Iklan

7. Bersederhana ketika bersahur.

  • Mengambil sepinggan nasi bersama pelbagai jenis lauk pada waktu sahur tidak menjamin ‘kekenyangan’ sehingga waktu berbuka kerana tidak baik untuk sistem penghadaman.
  • Hal ini kerana sistem penghadaman perlu memproses kesemua makanan tersebut dan ia akan menyebabkan individu terbabit mudah merasa lapar.

Justeru, nasihat SinarPlus anda perlu membuat pilihan menu yang terbaik agar tidak menjejaskan kualiti aktiviti harian disebabkan berasa lapar.

Kami mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadan dan jangan puasa yang yok, pagi-pagi buka periuk 🙂