MASKARA merupakan salah satu alat solek wajib ada bagi golongan wanita. Leretan maskara pada bulu mata mampu membuatkan mata anda kelihatan lebih menarik walau hanya dengan solekan nan tipis.

Boleh ikut tip ini untuk maskara boleh kekal lama tanpa kesan comot atau bergumpal. Pasti mata anda cantik seperti Rozita Che Wan.

1. Bersihkan berus maskara sebelum gunakannya. Jika ada ketulan lama maskara bersihkan ia terdahulu.

2. Bersihkan mata anda dan pastikan ia kering sebelum menyapu maskara.

3. Gunakan pelentik bulu mata jika anda mempunyai bulu mata yang pendek.

4. Sapukan maskara asas atau berfiber, tumpukan pada bahagian akar atau pangkal bulu mata utnuk menebalkannya. Lakukan dalam pergerakan zig-zag dan biarkan ia kering.

5. Kemudian, sapukan lapisan kedua maskara. Untuk membuatkan mata anda nampak lebih besar, sapukan maskara pada bulu mata bawah, tetapi hanya penghujung bulu mata sahaja.

6. Biarkan ia betul-betul kering dan bersihkan ketulan yang melekat pada bulu mata anda dengan lembut agar ia tidak comot.

Untuk dapatkan bulu mata nampak cantik, tebal dan panjang, applykan maskara beberapa kali dan tunggu hingga ia kering terlebih dahulu sebelum sapukan lapisan seterusnya.

Lebihan maskara yang melekat di atas mata dinasihatkan menggunakan cotton bud dan bersihkan dengan cermat. Kalau guna tangan takut bulu mata akan melekat.

Iklan

Tips tambahan:

1.Ganti maskara setelah tiga sehingga enam bulan walau keadaannya masih cukup baik.

2.Untuk menghindari penyakit, usahakan jangan bertukar atau saling meminjam maskara.

Iklan

3.Gunakan pelentik bulu mata sebelum menggunakan maskara. Menggunakan pelentik setelah apply maskara boleh berisiko membuatkan bulu mata anda menjadi patah dan rapuh.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: CANVA