Elak cuci tudung guna mesin basuh, ikuti 5 langkah mudah ini

tudung
October 27, 2020
Oleh Izyan Liyana

BAGI golongan wanita berhijab pasti memiliki koleksi tudung pelbagai warna, corak dan rekaan. Ada yang jenis selendang, ada yang jenis tudung bawal dan ada juga meminati konsep sedia pakai (instant).

Pun begitu, tiada gunanya membeli bermacam-macam jenis hijab, tetapi gagal untuk menjaga dan memelihara kualiti tudung dengan baik.

Iklan

Walhal, koleksi tudung dijamin kekal lama sekiranya para hijabi bijak mengendalikan khususnya ketika proses mencuci. Jika tersilap langkah, bimbang selendang kesayangan terkoyak, tercarik ataupun luntur warna.

Ironinya, tak susah pun untuk memastikan tudung sentiasa dalam keadaan baik. Jom ikuti 5 langkah mudah menerusi segmen Sihat Cantik hari ini.

1- Elak guna mesin basuh

Iklan

mesin basuh
Ingat ya, tudung bersifat ringan dan lembut. Justeru ia mudah rosak apabila dibasuh menggunakan mesin basuh. Apatah lagi, korang mencuci bersama pakaian yang berat seperti baju-T, jubah fabrik likra dan seluar jean.

2- Beg jaring

Iklan

tudung
Kualiti benang hijab didapati akan rapuh tatkala ia ‘berbelit’ dengan pakaian lain di dalam mesin basuh. Namun begitu, bagi wanita yang ingin mencuci menggunakan mesin terbabit, cara terbaik adalah meletakkan tudung di dalam beg kain jaring. Beg berkenaan boleh dibeli di kedai perkakasan rumah atau pasar raya besar.

3- Jangan sental
Tudung sebaik-baiknya dibasuh menggunakan tangan, tetapi jangan disental dengan kuat. Memadai ia direndam di dalam baldi yang dicampurkan bahan pencuci dan pelembut fabrik antara 10 hingga 15 minit.

mesin basuh

Kemudian, bilas tudung dengan lembut menggunakan air bersih. Ketika menyidai pula elak memerah selendang atau tudung bawal terlalu kuat.

4- Elak cahaya matahari
Lazimnya, wanita akan mencari port pancaran matahari dengan harapan tudung cepat kering.

tudung

Pun demikian, tahukah korang cara berkenaan tidak wajar dipraktikkan kerana ia akan menyebabkan warna tudung pudar, sekali gus tampak kusam.

5- Suhu rendah ketika menggosok

dobi
Seterusnya, apabila menggosok hijab pilihan jangan sesekali menetapkan suhu tinggi terutamanya pada tudung berasaskan fabrik lembut seperti sifon dan sutera. Haba panas melampau akan menyebabkan tudung terkoyak dan berlubang kerana terbakar.

 

Iklan
Iklan