3 tip mudah bersenam untuk beginner, jangan paksa badan

senaman
October 31, 2020
Oleh Izyan Liyana

BERBICARA mengenai aktiviti bersenam, terdapat beberapa rutin yang perlu diberi perhatian dan dirancang bagi memastikan tubuh badan sentiasa mendapat rehat secukupnya.

Ingat ya, badan kita bukan besi ataupun robot.

Justeru, apakah yang dimaksudkan dengan waktu rehat untuk tubuh badan? Adakah kita harus memanjakan diri di spa atau melakukan urutan khusus?

Selain itu, bagaimana pula kaedah terbaik untuk menetapkan masa merehatkan badan selepas senaman?

Menurut Fitness Coach Shahrilmusa Shahrulzaman, ironinya terdapat banyak cara yang boleh dilakukan.

“Saya pasti ramai individu di luar sana mempunyai pelbagai kaedah tersendiri.

“Oleh itu, pada hari ini saya ingin berkongsi kaedah untuk menetapkan masa atau hari untuk berehat selepas bersenam.

“Pada sama sama, tip yang boleh dipraktikkan bagi mempercepatkan proses pemulihan dan memperoleh kesan senaman optimum,” jelas beliau menerusi posting yang dimuat naik dalam laman sosial baru-baru ini.

Tip berkenaan adalah seperti berikut:

1 Intensiti senaman

Iklan

senaman


Sekiranya intensiti senaman tinggi, maka luangkan masa berehat pada keesokkan harinya.

Bagaimanapun, sekiranya intensiti biasa atau sederhana, sambung semuka latihan pada hari kedua dan mungkin hari ketiga, lalu kemudiannya berehat

Sekiranya intensiti senaman rendah, mungkin boleh melakukan aktiviti senaman pada setiap hari seperti joging, berbasikal dan sebagainya.

Iklan

2 Protein dan pemakanan
Protein dan pemakanan seimbang dan betul sangat membantu dalam proses pemulihan badan. Badan memerlukan nutrisi yang cukup untuk melakukan aktiviti harian, pemulihan dan senaman.

diet

Antara protein ideal adalah seperti telur, ikan, daging merah atau ayam. Sumber protein daripada sumber semula jadi amat digalakkan.

3 Terapi dan rawatan
Bagi individu kewangan stabil bolehlah mencuba kaedah terapi dan rawatan untuk mempercepatkan proses pemulihan seperti urutan sukan, mandian ais, hipnoterapi atau terapi pernafasan.

spa

Kaedah tersebut lazimnya dilakukan oleh para atlet untuk proses pemulihan sebelum beraksi dalam sesi latihan dan perlawanan seterusnya.

Sumber: Facebook @Shahrilmusa Shahrulzaman