FASHA SANDHA, satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Hadirlah puluhan pelakon baharu, namun ibu kepada tiga cahaya mata tersebut tetap berada dalam liga tersendiri.

Gelombang pelakon berusia 37 tahun itu sentiasa berombak, sementelah selebriti lain ada pasang dan surutnya.

Lebih sedekad mencipta nama sebagai pelakon, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan bukan sahaja dikenali dengan tahap disiplin yang tinggi, bahkan tidak keterlaluan penulis menyifatkan kejelitaannya turut dicemburui ramai wanita.

Justeru, bagi kaum Hawa yang mengimpikan rias wajah menawan persis pelakon utama drama Natasha itu segmen Sihat Cantik kongsikan rutin solekan minimalis Fasha Sandha.

fasha sandhaMenerusi laman sosial Instagram @fashasandha, beliau memuat naik klip video solekan yang ringkas dan mudah diaplikasikan oleh warga maya.

“Fasha nak tunjukkan cara mekap yang cepat dan tidak lebih lima minit. Ini muka tanpa sebarang solekan kerana baru selesai mandi,” jelasnya dalam video berdurasi 6.29 minit tersebut.

fasha sandha
FASHA menunjukkan rutin solekan minimalis yang mengambil masa lima minit sahaja.

1- Sapukan gel pelembap sekitar kulit wajah.
2- Kemudian, calit sedikit krim asas pada bahagian dahi, kedua-dua tulang pipi dan dagu. Lalu, ratakan menggunakan berus khas dan span.
3- Selepas itu, oles pembayang mata warna natural ala jingga pada kelopak mata untuk menyerikan wajah.
4- Seterusnya, beralih pula pada bahagian pipi. Sapukan blusher warna lembut senada dengan rona pembayang mata.
5- Kemudian, oles gincu warna pilihan.

fasha sandha
6- Sempurnakan solekan wajah dengan melukis bahagian kening dan maskara.

fasha sandha
7- Terakhir, semburkan face mist pada permukaan wajah bagi memastikan solekan bercapuk dan tahan lama.

“Okey, dah siap. Selamat mencuba,” katanya.

 

fasha sandha
BERAMBUT pendek atau panjang kejelitaan ibu kepada tiga cahaya mata tersebut tetap menyerlah dan kekal stailo.

 

Iklan

 

 

 

Iklan

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)