BERIKUTAN pandemik Covid-19 yang melanda di seantero dunia termasuk Malaysia masyarakat kini diwajibkan memakai pelitup muka.

Langkah tersebut adalah untuk mencegah, sekali gus mengatasi daripada dijangkiti penularan virus terbabit.

Bagi golongan wanita yang gemar bersolek mungkin amalan norma baharu itu disifatkan ‘menggangu’ rutin merias wajah.

Maklumlah, pemakaian topeng wajah sama ada jenis fabrik ataupun tiga lapis akan menutup sebahagian permukaan wajah.

Justeru, yang kelihatan hanya sepasang mata dan bahagian dahi.

solekan mata

Pun begitu, buat kaum Hawa yang wajib mengenakan solekan usah bimbang kerana korang masih berpeluang tampil cantik.

Caranya mudah sahaja. Disebabkan penggunaan pemerah pipi dan lipstik akan tertutup, maka beri tumpuan pada bahagian mata.

Oleskan pembayang mata rona terang atau gelap seperti ungu, coklat, merah hati atau kuning keemasan pada kelopak mata.

Iklan

Kemudian, serikan dengan penggaris mata pelbagai konsep antaranya persis mata wanita Arab.

Selain itu, jangan lupa kemaskan kening dan warnakan menggunakan celak coklat lembut atau hitam mengikut kesesuaian busana dan hijab.

Iklan

solekan mata

Bagaimanapun, ingat ya sebelum mencalit solekan pastikan kulit wajah bebas kotoran.

Seterusnya dilapisi serum, krim pelembap, krim pelindung cahaya matahari termasuk krim asas.